Sebenarnya ada satu perkara yang sangat mengujakan Mas dalam hidup ini, energinya sangat real dan boleh dirasai secara penuh sedar bila ini sedang melanda diri Mas, ia adalah menulis puisi. Ya menulis puisi. Pelik bunyinya kan tapi itulah yang Mas memang rasa. Menulis puisi adalah antara satu perkara yang sangat menghidupkan jiwa dan diri Mas. Tapi tulah kebelakangan ini sepertinya puisi-puisi itu tidak muncul dengan penuh efektifnya, mas tau kenapa begitu. Mungkin sedikit sibuk dengan pelbagai urusan hingga terlupa untuk memberi ruang dan waktu untuk diri sendiri dan melayani segala kehendak diri. Mas ada cara untuk keluarkan kreativiti ini dari dalam diri, haha walaupun bunyinya cam aneh jer kan. Tapi itulah bila dah kenal diri sendiri ni camana, insyaallah itu semua sangat mudah untuk dilakukan. Dengan izinNya.

Berkisah pasal puisi ni, Mas sebenarnya sangat teruja untuk berkongsi dengan kalian pasal projek ni. Justeru di sini Mas kongsikan mock up projek menulis puisi ni secara lebih lanjut ya.

Secara ringkasnya, Mas ingin menulis puisi untuk anda yang memerlukan khidmat ini untuk sebarang acara:

  • hadiah buat diri sendiri
  • hadiah buat staf, stokis atau sesiapa saja yang sukakan pengiktirafan dalam bentuk seni puisi
  • sempena kelahiran, sambutan hari jadi, majlis perpisahan atau apa keraian sekali pun

Mas suka untuk lakarkan puisi bermotifkan profil diri ini dalam bentuk canvas seperti di atas yang boleh disimpan oleh penerima dalam bentuk yang sangat unik. Atau boleh juga untuk dibukukan dan ini memerlukan beberapa puisi dan gambar yang memberi makna untuk diri seseorang yang anda ingin hadiahkan. Sebenarnya ilham untuk menulis puisi ini datang dari satu kisah bila mas berada di dalam satu circle perguruan dan kisah ini ada Mas ceritakan dalam buku terbaru Mas, DIRI YANG KEMBALI. Nantilah dalam episod lain Mas ceritakan ia dengan lebih detail k. Dan untuk mengetahui pakej-pakej tulisan puisi jiwa dan profil diri ini, anda boleh terus emel kepada masibrahim818@gmail.com ya. Mas tengah tunggu set canvas pertama puisi ni yang mas buat untuk hadiahkan kepada seseorang. nanti dah siap, mas kisahkan lagi tau. =)

Ok lah, untuk anda yang suka puisi, jemput singgah di fb page, instagram, pinterest, twitter mas seperti nama di bawah ni tau. dan jika anda juga teruja atau mendapat semangat atau faham dengan puisi-puisi mas di sini, jemput kongsikan perasaan itu dengan Mas k. Sebab tiada yang lebih menggembirakan mas bila ada orang lain turut sama faham dan mendapat manfaat darinya.