Lama saya tak menulis di blog sini. Hari ini terpanggil untuk berkongsi info apa yang menjadi trend terkini beli belah atas talian terutamannya di PG Mall.

Beberapa tahun dulu, saya tak pernah tahu akan penggunaan wasap ni, begitu juga dengan e-banking. Biasanya untuk berhubung dengan ramai orang, saya lebih suka telefon dan mesej, namun setelah mengenali aplikasi wasap, terus terang ia lebih mudah dan menjimatkan masa. E banking pun sama, untuk deposit duit, saya terpaksa menapak ke mesin atm atau cash deposit machine atau lebih kerap ke kaunter bank untuk membuat transaksi. Leceh dan remeh tapi itulah kaedah waktu itu yang paling terbaik. Setelah saya mengetahui kaedah terkini iaitu e-banking. segalanya transaksi diuruskan dengan lebih baik, malah menjimatkan masa dan tenaga, segala boleh diselesaikan hanya di hujung jari.

Teknologi sentiasa berkembang dan begitulah kehidupan kita sekarang, mahu tak mahu kita wajar seiring dengan teknologi untuk memudahkan kehidupan kita. Kini untuk membeli belah kita tak perlu dah turun ke kedai untuk melihat dan memilih produk yang kita perlukan. Semua boleh di buat dihujung jari bila kita memasuki gedung jualan mereka secara atas talian. Ini perkara biasa kan sebab banyak gedung jualan atas talian kini namun apa yang dicari kita hari ini jika gedung atas talian seperti PG Mall ni boleh bagi kita extra manfaat sebagai pembeli?

  • Ada tawaran CASH BACK atau REBAT TUNAI untuk belian yang telah kita buat. Kalau pergi kedai biasa ni memang tak dapatlah, mana ada kedai yang bagi rebat tunai, biasa yang bagi kumpul point adalah kan. Ni bagi tunai, masuk terus dalam akaun C-WALLET kita, hmm sukar untuk dinafikan tahap kegembiraannya kan. =)
  • ada KUPON tambahan untuk beri kita LEBIH DISKAUN. Dahlah produk dijual pada harga berpatutan, lepas tu dapat pulak kupon untuk kita dapat lebih banyak penjimatan. Best ke best tu dik?

Cam kisah offer 8.8 di PG Mall baru-baru ini, masa ni harga emas dah meroket ke RM200 segram tau. Tiba-tiba di PG Mall ada tawaran hebat untuk gold bar 0.5 gram desain motorsikal. Biasanya harga jualan tetap untuk 0.5 gram bar emas ini adalah RM160, tapi pada 8.8 ia hanya berharga RM128 sekeping. 😱 Mau melompat saya melihatnya dan cepat-cepat dimaklumkan kepada rakan lain. Alhamdulillah ramai yang sempat ambil peluang baik pada hari itu. Gigih saya mendaftarkan akaun PG Mall untuk yang baru nak mula. ni gambar offer tempohari

Sempat juga mereka memuat turunkan aplikasi PG Mall ini dan lihatlah apa yang mereka dapat, TUNAI RM5 automatik masuk C Wallet mereka dan amaun ini membolehkan mereka menikmati lebih DISKAUN iaitu dari RM128 tolak lagi RM5 menjadikan mereka hanya perlu membayar RM123 sahaja termasuk POS PERCUMA. Bar emas ini di hantar ke depan muka pintu rumah dengan selamatnya insyaallah.

Setelah berjaya membuat belian ini pada hari tersebut, mereka mendapat bar emas ini dalam tempoh seminggu paling lama. Segalanya berjalan baik dan apa yang menariknya, walaupun harga emas tengah memuncak naik, masih ada kaedah yang boleh digunakan pada waktu tertentu untuk mendapatkan bar emas ini dengan harga yang jauh lebih rendah. Yang pasti anda wajar tau dimana platformnya untuk dimanfaatkan.

Tahniah saya ucapkan kepada anda yang sempat mendapatkan bar emas 0.5 gram motosikal ni. 🥰