Jom baca cara-cara yang mungkin sesuai untuk dijadikan panduan menyimpan emas setiap bulan mengikut bajet dan keperluan kewangan masing-masing.

Situasi #1: En Ali mempunyai bajet RM200 untuk di alihkan kepada simpanan emas daripada jumlah pendapatan bulanan beliau. Apa yang En Ali boleh lakukan adalah seperti berikut:

  • Membuka akaun emas GAP untuk dirinya dengan mulaan RM200
  • Membuat simpanan dengan lebih konsisten dengan daftar untuk potongan arahan tetap berkala atau standing instruction* selama minima 1 tahun.
  • Lihat video dibawah untuk langkah lebih lanjut dan kempen ini adalah kempen semasa bagi memudahkan pelanggan seperti En Ali diatas membuat potongan bulanan secara tetap. Dengan itu, selepas setahun anggaran emas simpanan En Ali adalah melebih dari 12 – 13 grams tertakluk kepada harga emas semasa.

Posted by Masliana Ibrahim on Friday, 30 November 2018

Situasi #2: Puan Aminah mempunyai bajet RM1,000 setiap bulan untuk ditukar dalam bentuk simpanan emas Public Gold. Justeru cadangan terbaik untuk beliau adalah seperti berikut:

  • Buat belian terus untuk 1 dinar (4.25 grams) dalam anggaran berdasarkan harga semasa hari ini adalah RM758 tambah premium fi RM10.
  • Manakala bakinya dalam RM232 di buat terus belian untuk tambah ke dalam akaun emas GAP.

Berapa pun bajet semasa anda, mulakan sedikit untuk simpanan emas kerana emas mempunyai nilai yang lebih kukuh berbanding dengan tunai, walaupun harga emas sentiasa ada naik dan turun, nilainya tidak pernah menjadi 0.

Simpanlah demi masa depan dan kesihatan kewangan yang lebih terjamin. Situasi diatas hanyalah anggaran sahaja, anda boleh mulakan dengan seberapa bajet anda, kecil mahupun besar. Pakar kewangan mengatakan bahawa setiap bulan, peratus yang perlu dibuat untuk simpanan dari jumlah pendapatan bulanan adalah 10% – 20%. Buat hari ini kerana hanya yang buat sahaja dapat menikmati keindahan simpanan emas.