Sebenarnya ada kaedah mudah untuk kita jadi penyimpan emas yang tenang. Tenang melihat harga emas turun naik tanpa kawalan kita. Tenang dan tetap tersenyum dalam apa jua keadaan tersebut. Sebab apa? Sebab kita jelas dengan posisi diri kita dalam simpanan emas bila kita ada simpanan asas di atas.

Sediakan Dana Kecemasan Diri

Orang yang bijak adalah orang sentiasa menyediakan dana kecemasan untuk diri sendiri. Pakar kewangan Malaysia, Azizi Ali menyarankan dana kecemasan terbaik adalah bersamaan 3-6 bulan gaji/pendapatan kita.

Dana kecemasan ini sebenarnya adalah simpanan yang boleh menampung keperluan harian atau kos sara hidup kita sekiranya berlaku sesuatu di luar dugaan. Contoh musim covid bebaru ni, ramai di kalangan kita yang terpaksa hilang pekerjaan asas. Justeru di sini perlunya dana kecemasan tersebut.

Formula #1 jumlah dana kecemasan: Gaji bulanan x 6 bulan

Contoh jika gaji bulanan si B adalah RM7,000, maka dana tunai kecemasan yang perlu ada sebanyak RM42,000. Sebelum mulakan sebarang pelaburan, inilah tunai yang wajib di sediakan terlebih dahulu.

Formula #2 simpanan bulanan: 10% dari gaji bulanan

Formula #3 jangka masa diperlukan: Jumlah dana kecemasan/ Simpanan bulanan

Ia boleh dimulakan dengan meyisihkan sejumlah tunai dari gaji setiap bulan, contoh sebanyak 10% bersamaan RM700 sebulan. Si B memerlukan jangka masa selama 5 tahun atau 60 bulan untuk mengumpul jumlah RM42,000 tersebut.

Bagaimana pula dengan mencipta dana kecemasan di atas ke dalam bentuk emas? Jawapannya adalah ya boleh. Mohon baca artikel lepas di sini https://maslianaibrahim.com/strategi-mudah-cipta-dana-kecemasan-dengan-emas/.

Apa pun kaedahnya anda perlu tentukan teknik yang sesuai untuk anda ok. Mentor saya juga ada menyarankan kaedah dana kecemasan dalam bentuk simpanan emas sebab emas adalah aset mudah untuk di cairkan.

Perlu diingatkan bahawa dana kecemasan ini wajib ada untuk setiap orang. Seeloknya jika anda baru mula bekerja, sediakan ia seawalnya. Atau jika dah kerja lama tapi masih belum ada, ia juga belum terlewat untuk kita lakukan.

Segelintir kita hari ini ralit membayar komitmen setiap bulan hingga lupa untuk sediakan dana kecemasan diri. Ini adalah contoh pengurusan kewangan yang kurang tepat. Bayangkan setiap hari kita bekerja dan hujung bulan gaji dapat. Kita sibuk membayar komitmen kereta, rumah dan sebagainya tanpa di sedari untuk melakukan perkara yang sama kepada dana kecemasan sendiri.

Ia perlu seimbang antara keduanya. Sebab ada perkara yang perlu kita lindungi iaitu DIRI SENDIRI yang setiap hari gigih bekerja demi meraih pendapatan untuk sara hidup. Justeru berikan sedikit kelonggaran untuk diri kita sediakan keperluan dana kecemasan dan pada masa yang sama kita tetap membayar komitmen tanpa sebarang alasan.

Berilah hak diri kita yang perlu dihargai kerana saat kita dapat gaji setiap bulan itu adalah saat terbaik untuk kita takung kekayaan sendiri dalam akaun simpanan samaada bentuk emas mahupun tunai.

Pilihan di tangan kita. =)