Mas nak kongsi lagi 5 kunci penting yang perlu di ambil kira sebelum kita membuat sebarang pembelian emas atau simpanan emas. Tahu dahulu apa faktor utama ni baru boleh  buat keputusan untuk meneruskan sama ada baik atau kurang baik.

1. Kadar spread atau susut nilai emas

  • ia adalah perbezaan diantara harga belian dan jualan emas
  • Di Public Gold, kadar spread ini diantara 6% – 9% sahaja bergantung kepada berat (grams) emas tersebut
  • ia boleh juga dilihat dalam jadual berkala yang terdapat di laman sesawang Public Gold yang biasanya dijelaskan dalam bentuk Ringgit Malaysia. Untuk ini, ini boleh di tengok pada harga jual dan harga beli yang terpampang di situ.

[signinlocker] 2. Harga emas per gram

  • Untuk membeli emas, kita kena tau berapa harga emas per gram dan cari harga yang paling rendah untuk memaksimakan keuntungan di kemudian hari.
  • Cara pengiraan untuk mendapatkan nilai bersih harga emas per gram yang  beli adalah seperti berikut:

[ Harga per gram x berat (grams)] – diskaun + kos lain seperti kos upah tukang
———————————————————————————————————
Jumlah berat emas yang dibeli

3. Kesediaan stok

  • Ini juga penting kerana anda boleh membeli emas yang dimahukan pada harga semasa dan peniaga mempunyai stok tersedia.
  • Sekiranya peniaga tiada stok tersedia, agak sukar untuk anda dapatkan manfaat pada harga turun emas dah membuat belian ketika itu.

4. Adakah emas tersebut boleh digadai di Arrahnu

  • Emas sinonimnya adalah dengan tahap  kecairan tunai yang cepat dan mudah di Arrahnu.
  • Justeru pastikan emas yang  beli itu, diterima sebaiknya di mana-mana Arrahnu. Ia akan membantu untuk menukar emas ini kepada bentuk tunai pada saat-saat kecemasan atau tak terjangka, jika ada.
  • Jika tidak, ia agak sukar untuk  mendapatkan bantuan segera dari Arrahnu dengan tukaran emas ini kelak.

5. Adakah emas tersebut boleh dijual balik jika dibuka plastik atau berlaku sedikit kerosakan pada fizikalnya.

  • Ini faktor paling penting untuk  ambil tahu sebelum membeli mana-mana emas jongkong terutamanya. Kerana ada peniaga yang tidak akan pernah beli balik emas tersebut atau pun di beli dengan harga susut nilai yang tinggi. Paling menyedihkan, emas tersebut di letakkan terma yang ketat untuk dijual semula seperti tidak boleh calar, patah dan sebagainya.

Jom baca olahan dengan lebih terperinci faktor diatas dalam ebook 5 FAKTOR UTAMA SEBELUM BELI EMAS ini. Jemput isikan emel anda untuk dapatkan tips simpanan emas selepas ini. =)

KLIK DISINI YA PADA BUKU INI dan nantikan ia sampai dalam emel anda. [/signinlocker]