Strategi Penyimpan Emas

Sebelum bermula dengan emas, ketahui terlebih dahulu posisi diri kita sebagai pelabur atau penyimpan? Jika ditanya pada Mas, lebih selesa dengan kategori penyimpan emas berbanding kepada pelabur.

Kriteria penyimpan emas adalah belian emas dibuat secara berkala kecil ikut bajet semasa yang ada dan konsisten.

Justeru sebagai penyimpan, biasanya fokus dan mindanya lebih cenderung kepada perkembangan dan pertambahan berat emas dalam grams. Bukannya kepada pembesaran nilai RM. Contohnya tahun 2019 ini, seorang penyimpan itu telah berjaya mengumpul sebanyak 60grams emas hasil tabungan GAP setiap bulan sebanyak 5 gram sebulan, justeru untuk tahun 2020 akan datang, dia akan fokus untuk menambah lagi sebanyak 84 grams dan jumlah akhir tahun menjadi 144grams.

Biasanya juga, sebagai penyimpan emas yang tegar, dia tidak akan sesekali tergugat emosi apabila melihat kenaikan atau kemerosotan harga emas, dia tetap fokus pada grams emas yang dia simpan. Masa emas naik, dia tambah grams mengikut bajet sedia ada, masa emas turun pun dia tetap beli dengan gembira sebab apa pun yang berlaku, grams simpanan emasnya tetap bertambah.

Penyimpan emas juga mempunyai matlamat tertentu dengan simpanan emasnya, biasanya untuk jangka masa yang panjang sekurang-kurangnya 2-3 tahun yang akan datang. Justeru sehingga matlamat initercapai, penyimpan emas tetap menambah dan terus menambah simpanan.

Kaedah untuk MENAMBAH GRAMS EMAS SETIAP BULAN

  1. Siapkan secara tetap bajet setiap bulan contohnya 5grams bersamaan dengan RM1,035.
  2. Daftar akaun emas GAP dengan Public Gold atau klik sini untuk bantuan buka akaun www.wasap.my/60196070105/bukaGAP
  3. Buat potongan auto debit bulanan, tarikh yang sama dengan tarikh gaji masuk akaun.

Hasilnya selepas setahun, jika ini adalah kaedah yang kita sendiri amalkan, kita dapati dapati akaun emas GAP semakin menggemuk dan cantik gramnya kerana konsisten menyimpan setiap bulan.

Situasi Terbaik untuk MENAMBAH EMAS

Bukan hanya ketika gaji, emas boleh dibeli. Tapi apabila ada DUIT lebihan mungkin datang dari sumber seperti:

  • Bonus
  • Pendapatan sampingan dari perniagaan tambahan
  • Warisan keluarga
  • Dividen dari pelaburan akaun lain

Apabila ada duit lebih sebegini, seeloknya tukar terus kepada bentuk emas bagi mengelakkan ia keluar menjadi sesuatu yang kurang berfaedah. Yang penting adalah KONSISTEN menyimpan hatta dengan 1gram emas sebulan pun sudah memadai jika itu yang sesuai dengan bajet terkini. Apabila ada lebihan lagi, boleh tambah lagi nanti.

Perlu diiingat emas yang disimpan adalah untuk disimpan sehingga ia mencapai matlamat sebenar kita. Simpan dan belajar juga untuk LUPA akan simpanan emas ini.

Sempena December yang bakal melabuhkan tirai ini, Mas nak bagi tawaran untuk anda yang buka akaun GAP serendah 1gram sehingga 31.12.2019, Mas HADIAHkan buku puisi DIRI YANG KEMBALI bernilai RM49.99 untuk anda. Jika ada yang mahu, sila wasap pautan ini ya =) http://www.wasap.my/60196070105/bukaGAP