Ramai yang tanya Mas bagaimana nak mula dana kecemasan dengan emas. Sebenarnya ramai yang mahu simpan emas untuk tujuan ini tapi belum berjaya disiplinkan diri. Mas faham untuk buat sesuatu yang luar biasa dari kebiasaan memerlukan tahap disiplin yang tinggi dan keinginan yang kuat. Lebih-lebih sekarang ni, kempen beli belah sangat meluas di sana sini. Ianya tak salah, cuma kita yang kena tau apa keperluan dan kepentingan produk tersebut untuk kita, jika tiada, sila abaikan. Haa gitu. Mudah cakap tak mudah nak buat.

Justeru ini antara konsep mudah yang kita semua boleh mula untuk DANA KECEMASAN, simpan niat kemas-kemas untuk tahun 2020 ni, mesti mula simpan emas hatta 1 gram sebulan. Selagi kita ada pendapatan masuk, ada afdolnya kita mulakan seberapa segera sebab dana kecemasan ini sangat penting. Jom kira peruntukan untuk DANA KECEMASAN.

  1. Biasanya untuk dana ini, ia bersamaan dengan 3 kali ganda gaji bulanan kita.

Katakan pendapatan bulanan kita adalah RM4,000 sebulan. Jika RM4,000 ini dibahagikan dengan harga 1 gram emas iaitu dalam kadar RM200 (anggaran kasarlah ya, plus minus), maka ia bersamaan dengan 20 gram emas.

Jadinya 3 bulan gaji kita bersamaan dengan 60 gram emas (3 x 20g sebulan), betul betul? Ini bermakna kita wajar ada dana kecemasan simpanan emas sebanyak 60 grams terlebih dahulu, jadikan ini sebagai matlamat utama. Untuk mencapainya, kita boleh mula dengan 2 grams sebulan (jika diikut kadar 10% simpanan emas dari jumlah pendapatan bulanan memang bersamaan dengan RM400 atau lebih kurang 2 grams emas.)

Jika kaedah di atas dimulakan dengan 2 grams bermula Januari 2020, pada hujung Dec 2020 nanti, kita ada dalam 24 grams emas yang mana masih di bawah pencapaian, namun ianya adalah baik kerana kita dah mulakan sebuah tindakan hatta sekecil tindakan. Bagaimana nak top up lagi?

  1. Tengok pada pendapatan lain seperti bonus, pendapatan pasif lain, tabungan dan lain pendapatan jika anda, kita tukar semua dalam bentuk EMAS.
  2. Teruskan secara konsisten, bila ada pendapatan yang lebih, cepat-cepat tukar kepada emas k.

Tak cuba tak tau, ini cabaran untuk tahun 2020. Siapa mahu mas bantu dalam urusan ini? Boleh wasap terus kepada http://www.wasap.my/60196070105/danakecemasan

Selamat Tahun Baru =)