Hari ini nak cerita sikit pasal sinopsis buku pertama Mas ni. =)

Secara asasnya buku ini mengandungi puisi-puisi bertemakan motif pencarian diri dalam menemukan tujuan sebenar diri. Ia sebuah kisah perjalanan hidup yang seketika terjatuh dan kini dalam momentum untuk bangkit kembali. Situasinya lebih mudah dikisahkan dalam bentuk puisi kerana detik itu, ada banyak ilham untuk berkisah melalui puisi ni.

“Raikan permata jiwaku dan jiwamu sahabat. Kita semua sama, hadir di sini demi sebuah perjuangan.”

Ada satu rasa dalam diri untuk menyumbang sesuatu buat mereka di Palestin sana. Aku hanya mendapat ilham dariNya untuk memulakan sumbangan ini dengan buku puisi ini sebagai  langkah pertamaku kerana pada saat kesedaran itu hadir dalam diri, aku hanya ada lambakan puisi ini. Aku terima “hadiah” ini dari Dia sebagai tanda meraikan permata jiwaku sendiri dan ingin berkongsi sama dengan kalian. Aku sangat pasti ada di antara kalian juga ingin memulakan sesuatu untuk diri kalian, justeru sahabatku, mari kita sesama meraikan apa yang Dia hadirkan dalam diri kita dan jadikan ia sebagai sumber untuk menyebarkan lebih banyak kasih sesama kita.

Terima kasih Ya Allah atas pemahaman ini. Aku mulakan wadah ini dengan menyalakan sumbu pelita perjuangan khas untukmu Palestin dengan terbitnya buku pertamaku ini. Moga ada ruang untukku berbakti dengan lebih banyak melalui ilham kreatif yang Kau izinkan aku Ya Allah. Biar wadahku bermula dari penulisan dan ada rezeki kalian, insyaallah dapat merasai sama energi perjuangan ini.

https://youtu.be/Joezp5bTvZw
Antara puisi yang terkandung di dalam buku ini berjudul AYUH SAUDARAKU.
Setiap belian naskhah DIRI YANG KEMBALI ini, sebanyak RM7 akan di salurkan kepada Aman Palestin.

Buku ini mengandungi 65 buah koleksi puisi dalam 8 tema yang berbeza dengan mesej berbeza juga. Antara temanya adalah seperti berikut:

  • Tema MEMORI untuk URUSKAN EMOSI
  • Tema CINTA untuk SYUKURI CINTA YANG HADIR
  • Tema FIRASAT untuk MUHASABAH DIRI
  • Tema ALAM untuk BANGKITKAN KESEDARAN DALAM DIRI
  • Tema KESEDARAN untuk PENERIMAAN ADALAH KESEDARAN TERTINGGI
  • Tema PERJUANGAN untuk MENCARI TUJUAN DIRI
  • Tema ENERGI TERTINGGI untuk MENJIWAI VIBRASI SYURGA DIA
  • Tema SIMBOLIK GURU untuk ILMU PELITA HATI
Tema cinta ini bukanlah kisah cinta antara sesama kita, tapi lebih kepada pencarian cinta yang sebenar itu datang dari Yang Maha Cinta. Ia antara mesej terdalam yang ku dapat saat menemukan makna cinta yang sebenar.

Setiap tema puisi ini, ada 8 kisah puisi yang diberi sedikit sentuhan ceritanya. Tulisan yang biasa ini mungkin bisa menjadi sedikit panduan atau satu aras untuk kalian terus meneroka ke dalam diri sendiri atau juga sebagai satu asbab untuk membuka jawapan-jawapan yang diri kalian cari selama ini. Justeru ia tidak berakhir di sini, aku kira buku ini hanya sebuah permulaan. Andai kalian ada rasa untuk meneroka lebih mendalam atau rasa ada keperluan untuk belajar dengan lebih jelas, silakan kalian mencari guru-guru atau pakar dalam perkara yang aku katakan di sini. Percayalah tiada apa yang membawa kalian untuk membaca naskhah ini melainkan ia mesej dari Dia untuk kalian. Aku tidak akan pernah tahu apa keperluanmu sahabatku tika ini, tapi Sang Pencipta kita lebih arif apa yang diperlukan setiap jiwamu. Mungkin ini antara perkara yang dirimu perlukan, mungkin ini antara tanda Dia sedang menjawap kepada setiap doa-doamu, mungkin juga Dia sedang merencanakan sesuatu yang lebih baik untukmu. Pesanku, teruslah mencari dan meneroka apa yang diri dan jiwamu rasai. Sampai saat yang Dia izinkan, maka sebuah kefahaman itu wajar terjadi dan itulah saat permata jiwamu sedang bersinar dengan indahnya.

Edisi buku ini sangat exclusive kerana ia kisah benar pengembaraan hidupku dan aku mengambil keputusan untuk berkongsi sebagai pencetus semangat juang yang ada dalam diri kalian juga. Justeru ia diterbitkan dalam kuantiti yang sangat terhad. Untuk kalian yang mahu merasai dan menjiwai sama akan sebuah perjuangan yang ada di dalam buku ini, kalian dialu-alukan untuk mendapatkannya dengan harga TEMPAHAN AWAL berserta KOS PENGEPOSAN PERCUMA.Yay!

BUKU DIRI YANG KEMBALI hanyaRM49.90 senaskhah. (Jangkaan siap mid to end April 2019). Untuk menempah, silakan emel kepada masibrahim818@gmail.com