Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk terus hidup hingga ke saat ini. Biasanya bila disebut tahun baru ni, Mas mesti teringat akan impian-impian tahun baru yang biasanya akan ditulis sebelum masuk tahun baru. 😂 Menulis impian adlaah perkara yang agak mengujakan pada Mas sebab ia memberi satu suntikan semangat luar biasa untuk gapai. Dan biasanya impian-impian ini akan ada yang menjadi kenyataan. 👏

Gambar dari sesi dream board di JLT ke 36 November 2018. Bukan dari grup Mas

Mas nak kongsikan disini akan perihal menulis impian ni. Ia adalah satu teknik yang baik kerana apabila kita menulis, sebenarnya ia memberi satu arahan kepada minda untuk fokus. Bila kita menulis, akan ada gegaran vibrasi pada minda dan ia mengubah corak dan pattern minda kita berfikir. Ia seolah input baru yang masuk ke dalam minda terutama minda bawah sedar dan secara tak langsung, ia akan bekerja untuk mencapainya tanpa kita sedar. Menulislah! Tulis apa saja perkara yang baik yang ada dalam hati, biar ia nampak cam sooo impossible to achieve it. Mas tetap sarankan. TULIS! Tulislah apa saja impianmu, besar atau kecil dan pastikan ia impian yang baik-baik k. 🥰

Teringat dulu Mas pernah menulis satu impian untuk ada sistem bayaran atas talian atau payment gateway untuk satu website niaga. Pada masa tulis tu, rasa cam boleh ke dapat ni sebab masa tu bukan ada bajet pun untuk perkara tersebut. Selepas beberapa bulan berlalu, bila Mas cek balik senarai 100 impian awal tahun, tetiba ternampak impian satu ni. Ajaibnya saat itu, Mas memang dah ada sistem bayaran automasi untuk website tersebut dan nilai sistem itu dalam RM900-RM1,500. Subhan Allah, magiknya Mas dapat sistem tersebut secara PERCUMA. Ya percuma sahaja walhal ia sistem yang dikenakan bayaran untuk memilikinya. Selepas itu, Mas hanya perlu buat bayaran untuk pembaharuan setiap tahun yang mana fi nya sangatlah mampu dalam sekitar RM100 setahun. Oklah kan. 💝 Bagaimana itu berlaku, hanya Dia yang uruskan semuanya. 🤲🤲🤲

Tugas kita hanya tulis dan seusai menulis kita akan dapati perkara-perkara yang kita tulis tu seolah-olah semakin dekat. Ini kerana resonan dan vibrasi impian kita itu akan sentiasa bergetar dan menarik semakin menghampiri kita. 😂 Ya mudah kata energinya menjadi lebih terkendali bila menulis. Alam ini mempunyai vibrasi dan energinya yang tersendiri, kita hanya perlu untuk meletakkan energi impian kita di tempat yang betul. 

Contohnya impian untuk dapatkan kereta Alphard merah menyala pada satu satu waktu atau jangkaan. Tulis dan lihatlah selepas itu, pasti minda kita akan sentiasa nampak ker kereta alphard merah sana dan sini di atas jalan, walhal sebelum tulis tak pula kelihatan. 😂😂 Biasa begini kan. Mas bagi contoh jer tu, its nit my impian pun kereta tu. Haha.

Contoh lain, tahun 2019 nak bebas kewangan dan ada simpanan emas 5 kg. Contoh k. Lihatlah akan perubahan pada diri insyaallah akan tercenderung untuk mula menyimpan emas. Mulakan dulu dengan sekecil 1 gram, ikut sesuai bajet yang ada. Ada besar, mula besar dan ada kecil mula kecil. Dan setelah mula menyimpan, energi emas ni sangatlah luar biasa. Bayangkan ia energi syurga Dia, camana tu ya. Nak kabo bahawa emas ni sangat istimewa hinggakan nak rasa tenang pun boleh dapat hanya melihat emas. 💖 Dah mula nanti, ia akan terkumpul dengan lebih mudah dan tanpa sedar, akhir tahun 2019 nanti tengok paling kurang dah ada 12 grams minima. Tapi pengalaman sahabat yang dah buat ni biasanya lebih dari jangkaan mereka. 👏

Selamat tahun baru Mas ucapkan. Apapun impian anda semua, di doakan ia menjadi kenyataan. Aamiin. 💖

Oklah banyak pulop cakap kali ni. Mas nak bagitau ni OFFER 1 gram gold bar masih berjalan ya. 😂 Khas untuk yang nak mula grab 1 gram ni dan ada banyak HADIAH untuk belian ni. Mohon klik link ni untuk bacaan seterusnya naa. 😍

Mas ucapkan selamat menggapai impian 2019. Didoakan semuanya berjaya dengan apa yang diimpikan . Aamiin.