Lama menanti buku pertama ni, prosesnya dijangka cepat. Tapi aturan Dia sedikit berbeza dengan plan diri ini. Justeru santai ajer meneleku proses penerbitan buku ini, raikan dengan tenang, ia nak muncul awal Ramadhan juga nampaknya. Alhamdulillah ISBN buku baru dapat tadi, tunggu untuk proses CIP/PDP pula dan insyaallah minggu ini dapat disetelkan.

Kenapa tulis buku puisi ni dan untuk apa sebenarnya? Kisahnya panjang tapi dipendekkan cerita, hanya lambakan puisi yang ada sejak beberapa bulan ini. Muncul satu persatu dalam episod-episod tertentu sebuah perjalanan hidup ini, justeru ada baiknya ia diraikan dan dihasilkan dalam bentuk buku. Puisi bukan bacaan semua lapisan mungkin tapi tetaplah menjadi impian diri untuk melaksanakannya dan aku yakin pasti ada hati yang dipilih Dia untuk memiliki dan menelusi buku ini. Tujuan merealisasikan buku pertama ini juga adalah untuk memberi sumbangan kepada saudara kita jauh nun di Palestin. Ya biar usaha ini kecil tapi tetap nak laksanakan jua. Justeru sebahagian kecil dari keuntungan buku ini bakal disalurkan kepada mereka melalui #amanpalestin.

Di dalam buku ini, ada satu puisi yang ditulis almarhum abah yang aku muatkan sekali. Hanya satu buah puisi saja yang ada kerana iulah satu-satu puisinya yang masih ada. Segala puisi yang lain sudah lama hilang, aku tak sempat nak kumpul dan idea menulis ini juga timbul gara-gara terbaca puisi itu. Justeru buku ini juga merupakan antara sumbangan untuk almarhum, biar bagian jiwanya yang terlakar melalui puisi ini menjadi sumbangan kecil bersama naskhah ini.

Aku menulis bukan untuk sebuah persaingan tapi aku menulis kerana akulah yang wajar meraikan apa yang Dia hadirkan sebagai ilham dan pastinya tiada yang sia-sia dibalik penghasilan naskhah ini.

Ada hati yang mahu membaca naskhah ini sambil menyumbang bersama Mas sempena Ramadhan nanti? Anda dialukan dan sila emel kepada masibrahim818@gmail.com ya untuk info lanjut. Kepada anda yang dah order awal-awal, terima kasih dan nantikan ia tiba k. 🥰