#selfcare saya memang bermula pagi. Mencipta rutin baru sejak setahun yang lepas dengan aktiviti yang tak pernah saya buat sebelum ni. 🤭

Memanjakan diri dengan Fanaa. Sebenarnya untuk ceritakan kisah ni juga saya ambil masa yang lama. Sebab ia agak peribadi pada saya.🥰

Pada masa yang sama saya tak mampu nak selindung juga dari kawan kawan lain.

Rahsia #selflove terbaik yang saya ada dan amalkan tak wajar disimpan seorang.

Sebab hari ini saya melihat dan dapat maklumbalas yang ada di kalangan sahabat wanita saya masih “sakit” dengan emosi sendiri

  • 🔵 Masih berselimut rasa tak bagus dalam diri.
  • 🟣 Masih memakai emosi kurang perhatian yang ditagih dari pasangan.
  • 🟣 Masih menanti kata kata penghargaan dari sang pasangan.
  • 🔵 Masih mengharap pasangan berikan segala keperluan diri yang dimahukan
  • 🟣 Masih juga tegar untuk setia di dalam hubungan yang toksid biarpun tahu berada di situasi begitu sudah lama.

Sudah sudahlah kita meletakkan kunci kebahagiaan sendiri di tangan orang lain.😳

Bayangkan kunci rumah kita jiran yang pegang. 🤔 Kan pelik bunyinya tu. Sebab kunci rumah kita, kitalah yang pegang dan simpan. ❤️

Sama juga dengan kebahagiaan diri kita bukan bergantung sepenuhnya pada orang lain, apatah lagi pasangan! Jom kita sesama.

  • ✅ Bangkit dan bangun untuk tahu urus emosi sendiri.
  • ✅ Sedar dan yakin kebahagiaan diri adalah pilihan sendiri.
  • ✅ Tahu untuk mencintai diri tanpa kompromi itu satu tanggungjawab asas setiap kita.
  • ✅ Akui sosok paling penting di dunia ini bukanlah pasangan kita, tapi diri kita sendiri.
  • ✅ Jom kita berani memilih diri kita sendiri hari ini.

Ketahuilah sayang bahawa keadaan dan kemelut itu bukan satu definisi kukuh dirimu, melainkan ia hanya lah satu episod perjalanan yang wajar kau tempuhi sebelum kau temui berlian indah dalam diri.

Ia bukanlah dirimu. Ia juga bukan simbolik dirimu. Ia bukan satu tragedi yang wajar melekat hingga akhir hayat.

Bukan! Bayangkan dalam perjalanan kita ke satu destinasi let say Tokyo. Kita menaiki pesawat yang membawa ke sana. Di dalam perjalanan kita tempuhi pelbagai situasi, cuaca gelap dan ribut petir menyebabkan pesawat mungkin ada gegaran.

Gegaran tersebut adakah ia melambangkan hidupmu? Atau cuaca tersebut yang menjadikanmu murung sepanjang hayat?

Tak wajarkan sedemikian di ambil pengajarannya. Justeru dalam pesawat kita hanya menikmati saja perjalanannya dengan cuaca yang hadir tanpa terimpak sama. Janji ia selamat membawa kita ke destinasinya.

Raikan dan nikmati dengan penuh kesedaran. Sama juga dengan hidup kita ni.

Semua pengalaman dan laluan hidup itulah yang membina dirimu hari ini. Tanpa rasa terpalit dengan segala cabaran pahit manis, semua itu hanyalah laluan hidup semata.

Lalu kenapa harus membiarkan diri berlama lama dalam episod duka? Haaa tanyakan diri sendiri. Sebenarnya apa yang diperlukan saat ini?

Jom kita sesama saling mendokong. Keluar dari kemelut rasa yang membelenggu itu dengan solusi merasai diri disayangi oleh kita sendiri.

Dokongan saya bermula dengan #fanaakancintaku ini dengan essential oil Fanaa. 😍 Ya hari ni saya pilih untuk pertama kali membuka ruang ini untuk rahsia #selflove saya dengan Fanaa. ❤️

Nak saya bantu dengan bagaimana solusi merasai #senimencintaidiri ini dengan cara yang sama saya praktiskan? Drop me a message ok di sini. I love to share it with you. 😘

Psst awak punya rahsia #selflove apa ya kawan kawan? 🙋🏻‍♀️

Masliana Ibrahim, yang sedang berdansa antara feminin dan maskulin diri. 🥰