Tugas biasa Jumaat adalah membersihkan ruang peribadi di rumah. 😂 Perkara ini sudah beberapa minggu sis buat. Its a long process dan sangat melelahkan.😅

Ruang peribadi kita sebenarnya sangat memberi impak kepada diri kita. Pernah dak kita masuk rumah dan rasa serabut?

Mungkin ruang kita kemas dan bersih.
Mungkin ruang kita teratur dan cantik.

Di manakah silapnya?

Sebenarnya ia mungkin petanda kita sedang menyusun atur barang-barang yang tiada unsur kegembiraan padanya.

Barang-barang tersebut mungkin jer masih elok tapi rasa yang dibawanya tidak selari dengan jiwa kita.

Ia mungkin juga berasal dari barang barang lama yang sudah tiada makna dengan hidup kita sekarang.

Ia mungkin juga barang separuh rosak contohnya bag tangan yang masih cantik tapi zipnya sudah rosak.

Kita simpan sebab sayang. 😭
Kita simpan ada nilai sentimental konon-kononnya. 😅

Mungkin juga mainan anak anak yang berbakul bakul. Anak anak kita dah besar panjang tapi mainan zaman 7 tahun usianya ke bawah masih kemas tersimpan.

Ya kita kata ia kemas tersimpan.

Tapi apakah maknanya semua ini?

Setiap benda hidup ataupun tidak ada auranya tersendiri.

Yang elok menggetarkan aura gembira dan meriangkan. Barang baru!
Yang rosak menggetarkan aura rosak.
Yang lama menggetarkan aura kusamnya.
Yang bertahun tersimpan menggetarkan aura zaman silam yang tiada padam.

Semuanya terpalit pada kita tanpa sedar tanpa rela. Kita izinkan ia bermastautin di minda kita. 😭

Biasa dengarkan Kaedah Marie Kondo yang hanya menyarankan simpanan barangan kita yang hanya ada impak gembira bila kita tengok.😳

Simpan hanya barang yang baru dan ada kesan positif saja. Hingga dikatakan pakaian yang kita pakai ulang dalam masa 3-6 bulan saja kita wajar simpan.

Lebih dari itu tidak wajar untuk disimpan.

Selidik balik wardrobe kita. 😍

✅ Jika didapati ada yang masih elok tapi kita memang tak pakai atau guna dah. Contoh ada mainan atau pakaian lama, boleh diberikan saja kepada orang lain yang mungkin memerlukan.

✅ Jika didapati sudah rosak dan tak boleh dibaiki dah, kuatkan hati untuk buang saja dari ruang peribadi kita. 😂

✅ Jika didapati ada barang yang sudah tak ada kaitan dengan keadaan bari kita sekarang, tenang saja lepaskan ia.

Usah pelik jika kita bertahun tahun menguruskan diri untuk sebuah pertumbuhan dan kesembuhan, tapi impaknya masih berada di tahap sama.

Sebab persekitaran kita sangat memberi impak kepada kita.

Yang paling penting untuk kita faham adalah apa yang kita lihat di depan mata memberi kesan langsung kepada minda separa sedar.

Itulah yang memberi definasi kepada rasa yang kita sedang jiwai.

Susunlah ruang peribadi kita untuk impak yang memberi aliveness dan keseronokan. Belajar untuk percaya kepada intuisi diri.

Rasa kurang harmoni? Semak balik ruang kita. Mungkin ada barang yang perlu di let go saja. 😂

Baiki dan terus upgrade even ia memerlukan masa.

Take your time. Your feeling matters.💖

Setelah itu cuba rasai aura baru ruang yang sudah diberi nafas baru tadi. Rasakan auranya pasti lebih segar, nyaman dan paling best ia seolah mengucapkan terima kasih kepada kita.🧕🏻

💖💖💖

Nota: saat ini sis tengah memberi penyembuhan kepada dinding ruang dapur dan menikmati aura kasih sayangnya yang ternyata ada dibalik kusam sebuah rasa. Sungguh terasa beza bila ia diberi sentuhan baru dengan warna yang menyamankan. #part1