Resepi Sambal Paru Losong

1/2 kg paru lembu
10 ulas bawang merah
3 ruas bawang putih
4-5 sudu besar lada giling (nak lagi sedap cili kering giling)
1/2 kotak santan Ayam Brand
1 batang serai atau sehelai daun kunyit (optional)
Nisang secukupnya atau gula melaka (yang seangkatan dengannya la) 😉
Garam secubit

Langkah1: Uruskan paru =)

  • Basuh paru bersih-bersih dengan air garam untuk hilang bau.
  • Rebus paru hingga masak dan potong ia nipis-nipis. Goreng sekejap, kalau suka garing boleh goreng hingga garing.

Langkah 2: Santan

  • Mulakan dengan santan, di panas dengan api perlahan sehingga ia menjadi minyak atau hampir-hampir kesemuanya menghasilkan minyak.
  • Biasanya biar ia sedikit kering dan ada bau-bau minyak sebab ni untuk menambahkan aroma sambal nanti.
  • Ni masak kat kuali asing ya. 😄

Langkah 3: Sambal

  • Panaskan minyak masak dan masukkan bawang merah, bawang putih yang telah di blender lumat dan lada giling. Jika mengunakan cili kering, kemungkinan besar untuk tambah beberapa sudu lagi adalah tinggi bergantung kepada tahap kepedasan yang dimahukan.
  • Tunggu hingga bahan tadi masak betul-betul hingga naik minyak. Kalau tak, siaplah makan sambal rasa bawang tak masak 😂
  • Masukkan paru yang telah dipotong nipis tadi dan sedikit air. Gaul sebati hingga nampak kepekatan sambal yang dimahukan.
  • Pastikan santan tadi dah bertukar menjadi minyak atau jika ia masih ada putih-putih santan yang dah hampir kering tu, its ok boleh hentikan masakan santan ni. Sebatikan santan tadi dan masukkan ke dalam gorengan sambal paru. Kacau sebati.
  • Masukkan serai ketuk atau daun kunyit (dihiris halus) untuk tambah rasa dan mewangikan sambal paru. Diikuti dengan nisang dan garam secukupnya.
  • Gaul sebati dan pasatikan ia telah masak sepenuhnya dan sedia untuk di angkat.

🔟 Boleh dijadikan sambal tambahan atau di makan dengan nasi lemak. 😂

Selamat mencuba. 💝

#maslianaibrahim
#sambalparulosong