Baru-baru ni bersembang dengan seorang sahabat, lama juga pelbagai cerita ada. Tapi ada satu yg menarik perhatian, untuk dikongsikan di sini. Kisah bagaimana nak menghadapi satu ujian dengan hati yg lebih santai menerima dengan pengurusan emosi yg betul. πŸ’— Ujian yang kami bawangkan hari tu adalah ujian keguguran yang kami sama-sama pernah alami. Ujian ini ujian biasa bagi seorang wanita bergelar isteri/ibu/bakal ibu. πŸ’–πŸŽπŸ’–


Sekadar gambar hiasan. jangan serious sangat k. =)

Ada airmata tergenang bila dia berkata, β€œtiada siapa yg melawat tika di wad kecuali suami. Orang-orang yg diharapkan muncul, tak kunjung tiba.” 😭 Ya, perasaan orang yang dilanda ujian begini, memang efeknya lagi mendalam, emosi kehilangan seorang anak yang bakal dilahirkan. Aku sangat mengerti apa rasanya sebab pernah mengalaminya 5 tahun dulu. Terimbas kenangan, tika ia terjadi. Masuk wad few days hampir seminggu rasanya tapi bayi tidak lahir dalam wad pun. Tiada pengunjung yang hadir, kecuali seorang yang begitu setia datangnya setiap hari. 😍 Tiada kata-kata sokongan untuk dijadikan kekuatan diri dari mereka yg dirasakan rapat kecuali ma/mertua/sahabat yg tau sorang 2. (Tapi percayalah kekuatan itu memang dah ada dalam diri setiap kita). Sesekali ada rasa sedih bertandang, dan aku selalu ingatkan diri, β€œmungkin aku yg kurang memberi rasa sayang tu kepada mereka, lantas Allah kuncikan hati mereka untuk melawat/sms/WA aku.” 😒😒 Masa untuk muhasabah diri. πŸ˜… Ada mesej dari Dia melalui ujian. 🎁

Ujian yang sama berulang lagi baru-baru ni namun ia pengalaman yang jauh berbeza. Penerimaan ujian itu juga berbeza. Urusan emosinya berbeza. Cara melepaskan kesedihan itu juga berbeza, lalu memberi impak yang jauh lebih baik buat diri. Cara dia dilahirkan juga berbeza, penuh kesediaan, penuh penantian, penuh teruja, penuh kelembutan, penuh kesedaran, penuh keredhaan, penuh dengan doa-doa kebaikan dari mereka yang Allah pilih hatinya untuk berkongsi rasa sayang itu dengan diri ini, penuh dgn kasih sayang untuk seorang baby Rayyan kerana saat itu berlangsung mereka, (Luth, Kautsar, Tasnim, suami, ma) ada di sisiku, walaupun 3 beradik tersebut tidur nyenyak. πŸ˜‚ Seindah namanya, begitulah juga indahnya pengalaman kedua ini. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. DariNya kita semua datang dan kembali. πŸ’–

Ada banyak kesedaran yang diperolehi dari ujian di atas, diberi Dia tika waktu-waktu bersendiri dilalui. Jika dulu, terasa keseorangan menghadapinya, lahirnya ketika sedang bersendirian, ada mimpi ngeri bila teringat (hati boleh bergetar risau dan takut berulang lagi), ada kesedihan berpanjangan. Larut dalam emosi yang agak lama. Tak reti nak uruskan rasa ini dengan baik. Kini Allah bagi merasainya dengan berbeza. Lebih jelas dengan kasih sayangNya melalui sahabat-sahabat jauh dekat, rasa lebih mudah menerima, sokongan datang dari pelbagai sudut yang tak terjangka dek fikiran akal. Siapa yang mengizinkan segalanya? DIA. Aku fikir ia asbab ilmu ehati yang dipelajari beberapa bulan lepas, ilmu urus emosi, ilmu urus hati. Urus energi dalam diri, asbab ia mudah menarik banyak kebaikan dan kasih sayang dari banyak hati. Mungkin nampak kecil tapi padaku ia besar, sangat berharga. Jiwa lebih damai, hati lebih mudah tenteram. Raikan kebaikan yg hadir walau nampak kecil, syukuri ucapan kebaikan mereka kerana Dia sedang menebarkan kasih sayangNya melalui makhluknya. 😍😍 Rasai dan terima dengan penuh kesedaran. πŸŽ‰

Formula mudah yg dah biasa dengar: ADA, BERI, DAPAT.

Cuma untuk ada, kena urus hati sendiri terlebih dahulu. Pesan buat sahabat tadi, β€œusah larut dalam kesedihan lama. Anggap mereka pun sebenarnya tidak cukup energi kasih untuk diri mereka, mana mungkin untuk berkongsi dengan kita. Isi saja tangki emosi kasih kita sepenuhnya, kelak dapat berbagi rasa dengan mereka juga. Urus emosi, urus hati dan frekuensi sendiri, begitu lebih mudah. πŸ’–β€ Ada sinar harapan di mata dia, ada cahaya gembira terpancar. Selamat berusaha! πŸ’

Sahabat pembaca yang budiman, aku berkisahkan pengalaman ini sekadar bercerita. Kerana aku tau satu saat ia mungkin terjadi dalam hidup sesiapa saja yang terpilih untuk merasai ujian seperti ini. Ketahuilah sayang bahawa dirimu lebih kuat dari yang kau sendiri sangkakan. Teruslah menyayangi dirimu sebanyaknya kerana itu adalah formula nombor satu dalam menghadirkan kekuatan cinta dari dalam diri tanpa perlu dicari di luar. Tanpa perlu mengharapkan sesiapa saja yang menghulurkan ia kepadamu. Dia Yang Maha Pengasih itu teramat dekat dengan diri kita, samada kita sedar atau tidak, justeru sentiasa membajai energi cintakan dirimu setulusnya. Ia seni mudah namun bukan semua hati yang terpilih untuk mendapatkannya. Hanya yang luar biasa mampu melestarikanya. Jadikan dirimu antara yang terpilih.

Salam kasih sayang, Mas.