Hakikatnya emas adalah seperti berikut

  • Ia adalah ciptaanNya berasal dari tanah sebagai salah satu logam semulajadi
  • Ia tidak dapat dimusnahkan dan diciptakan oleh manusia. Apa pun keadaan emas seperti dileburkan atau dihaluskan ia tetap bernama emas.
  • Bentuknya mungkin bertukar menjadi debu emas, jongkong emas, dinar emas, barang kemas dan sebagainya. Ia tetap emas.
  • Ia adalah sumber logam yang tetap yang Allah cipta.
  • Ia adalah perhiasan yang ada dalam syurga kelak.
  • Ia ada jaminan nilai yang tinggi kerana yang memberi jaminan tersebut adalah Yang Maha Mencipta
  • Ia sangat kalis inflasi kerana sudah dikisahkan seperti berikut.

Contoh biasa adalah 1 dinar di zaman Rasulullah boleh membeli 1 ekor kambing. Dan 1 dinar (4.25 grams) ini masih valid untuk pembelian 1 ekor kambing sekarang.

Cuma anda perlu cari siapakah peniaga kambing yang menerima transaksi emas dan dinar. =)

Hakikat duit tunai adalah seperti di bawah:

  • ia tetap kertas yang di cetak tanpa sandaran kepada emas (sejarah duit tunai dulu sebelum di cetak ia perlu disandarkan kepada berapa jumlah emas yang kerajaan ada. Kini tidak lagi begitu sejak Perjanjian Bretton Wood)
  • Ia kertas diberi jaminan nilai oleh sesebuah kerajaan yang memerintah pada satu waktu. Dalam erti kata lain, jatuhnya sebuah kerajaan membawa kepada tiada nilai kepada tunai tersebut.
  • Ia ada impak dengan inflasi. Maknanya semakin hari semakin merosot nilai duit tunai tersebut. Semakin banyak tunai yang diperlukan untuk menukar dengan sesuatu barang yang dimahukan.

Contoh paling mudahlah untuk kemerosotan harga barang.

Masa saya sekolah rendah dulu, mak biasa bekalkan duit RM0.40 untuk belanja di sekolah. Dengan 0.40 sen tersebut saya boleh beli 1 bungkus mi goreng, 1 gelas air sirap sejuk, keropok. Baki 0.10 sen saya belanja selepas waktu sekolah.

Alhamdulilah duitnya cukup. Plus seronok perut kenyang haha.

Hari ini 0.40 sen diberi kepada anak tak boleh nak beli dah 4 barang di atas.

Apakah maksudnya?

Saya memerlukan lebih banyak duit untuk beli 1 unit barang. Saya yakin anda juga begitu kan.

Ini disebabkan oleh kadar inflasi yang merosotkan nilai duit yang menyebabkan harga barang semakin tinggi setiap tahun.

Inilah realiti ekonomi hari ini dan ia bukan dalam kuasa kawalan kita.

Justeru apa yang kita boleh kawal adalah keputusan dan pilihan untuk kita buat dalam menguruskan simpanan.

Sentiasa ingat untuk tetapkan simpanan emas minima 10% dari setiap pendapatan yang kita dapat setiap bulan.

Tunai tetap menjadi keperluan kita. Tapi simpanan masa depan biarkan ia terus mengukuh dengan jaminan nilai yang emas bawakan.

Nak simpan hari ini? Terus WA saya di sini: SIMPAN EMAS