Terbaru Edisi Bunga Mas 5 grams dikeluarkan Public Gold
Haa berita baik sangat ni kan.
Terdahulu edisi Bunga Mas cuma ada 10 grams, 20 grams, 50 grams dan 100 grams sahaja.
Edisi ini juga sama dengan yang lain:
- di buat dari emas 999
- ada sijil akreditasi ketulenan (jaminan emas ni tulen).
Sekarang ia sudah ada dalam bentuk 5 grams. Yay sangat kan!
Jongkong emas 5 grams adalah bar yang dalam klasifikasi “collectors edition.”
Ia ada harga tetap jika di beli secara outright purchase atau tunai.
Untuk belian tunai, ia boleh di dapati di dua platform:
- PG Mall sini ya https://bit.ly/2Sjq2mO
- Public Gold sini ya https://bit.ly/3uapZHS
Adapun jika kita mahu mendapatkan jongkong emas ini dengan akaun GAP, ternyata ia jauh lebih rendah.
Sebab melalui akaun GAP kita boleh mula menyimpan serendah 1 grams.
Ia boleh dibuat simpanan sehingga cukup 6 grams di dalam akaun GAP, kita keluarkan 5 grams Bunga Mas ini melalui Gold In Transit.
Cuma bayar kos premium dan caj pos saja.
Selebihnya kita tunggu jer ia sampai di rumah k.
Beza Pelaburan & Simpanan Emas
Kenapa harga emas akaun GAP dan jongkong emas tak sama?






Tips Simpan Emas sempena nak masuk 2021. 







Cipta Simpanan Emas Pendidikan anak dengan Akaun Gap Junior






Manfaat jadi dealer Public Gold
Bila ada promo delaership, biasanya tak putus orang grab peluang untuk jadi delaer Public Gold.











7 Faktor yang perlu diambil tahu sebelum beli emas.












“Puan, saya tengok harga makin turun. So adakah sesuai saya simpan emas sekarang ni. Tak rugi ker?”

Simpanan/Pelaburan melalui Dinar Emas














Penting Kira Kos Emas 916
Kenapa pentingnya tahu kos pergram untuk barang kemas yang anda beli.
Sebenarnya terpulang kepada kita untuk buat keputusan membeli barang kemas dengan ilmu atau sebaliknya.
Ia penting untuk kita sedar dan tahu akan keputusan yang kita buat.
Contoh Sis A mahu membeli gelang emas seberat 25 grams dengan harga RM6,250 dan kos upah adalah RM650.
Penting untuk kita tahu bahawa RM650 adalah kos tambahan kita yang boleh menjejaskan harga emas segram.
Sis A buat kiraan kos pergram emas 916 yang beliau beli adalah RM276.
Jom kita analisis situasi untuk buat keputusan ya atau tidak dengan gelang di atas. Ini hanyalah sebagai panduan semata ok.
Keputusan Ya- Sila Beli boleh dalam situasi berikut:
- Sis A sedar akan kos RM650 upah tersebut dan dia ok dengannya sebab memang dah niat nak hadiahkan diri sendiri dengan seutas gelang baru
- Sis A adalah seorang usahawan yang tidak ada isu kewangan. Duit bukan isu yang besar baginya. Dia ada kebebasan kewangan yang tinggi.
- Sis A belum ada gelang emas dalam hidupnya. Inilah pertama dia nak pakai gelang emas.
- Sis A memang dah menyimpan sejak setahun lepas untuk beli gelang emas ini. Maksudnya dia memang dah ready untuk hari reward tersebut.
Keputusan TAK PERLU BELI jika sistuasi berikut:
- Sis A memang dah ada 25 utas gelang emas 916
- Sis A hanya terikut orang untuk trend barang kemas terkini
- Sis A fikir belian emas 916 adalah yang terbaik untuk pelaburan duitnya
- Sis A bertungkus lumus bekerja setiap bulan dan dapat 2 bulan bonus akhir tahun dan invest dalam belian emas 916. Pada masa yang sama dia memang dah ada 10 utas barang kemas lain.
- Sis A ingat nak trade in lagi bila ada desain terbaru nanti.
Untuk keputusan YA ini adalah perkara yang Sis A perlu tahu sekiranya di kemudian hari dia mahu tukar desain lain.
Dalam bahasa lainnya adalah trade in gelang tersebut nanti.
Untuk dia trade ini, harga emas 916 segram pada masa itu haruslah melebihi aras RM276.
Jika harga trade ini semasa adalah lebih rendah dari kos Sis A beli (RM276) maka dia akan mengalami kerugian untuk apa yang telah dia bayar.
Ini hanyalah asas yang perlu Sis A ingat sebagai panduan.
Otherwise ia akan terjadi seperti mana ramai wanita yang trade in barang kemas tanpa kesedaran.
Di sinilah pentingnya kaedah pengurusan tunai yang berhemah di perlukan .
Walau ia nampak seperti elok untuk membeli barang kemas sebagai jaminan keselamatan tunai, tanpa ilmu yang tepat ia masih lagi belum dapat diuruskan dengan baik.
Ingat balik dari mana datangnya tunai tersebut. Adakah ia dari penat lelah kita atau ia tunai mudah yang memang sedia ada.
Urus sebaiknya kewangan kita sendiri.
Untuk keputusan TIDAK, berikut adalah situasi pilihan untuk Sis A buat.
Memandangkan Sis A hanya mahu membuat pelaburan di dalam bentuk emas. Dalam pengetahuannya hanya tahu barang kemas 916 adalah alternatif yang dia ada.
Alternatif yang lebih baik untuk tunai dia adalah seperti berikut;
- Simpan tunai RM6,900 tadi dalam bentuk jongkong emas
- Boleh buat pilihan samaada simpan dinar atau Bunga Mas
- Ketulenan emas jauh lebih baik iaitu 999 (nilai yang lebih tinggi)
- RM650 kos upah tersebut ditukar menjadi emas 999 yang jauh lebih bermanfaat untuk nilai tunainya
- Justeru isu di atas bukanlah untuk menghalang Sis A membeli barang kemas. Dia boleh beli dengan segala analisis terbaik yang dia buat.
Yang penting adalah dia tahu menguruskan tunainya dengan cara terbaik. Bila dia putuskan untuk beli, ya dia beli dengan penuh sedar.
Semuanya ok bila kita tahu apa yang kita putuskan. Yay!
Dapat sesuatu di sini, jemput kongsi info ini jika anda rasa ia boleh membantu lebih ramai rakan wanita yang sukakan barang kemas buat keputusan yang lebih baik.
Terima kasih kerana sudi membaca. Anda nak baca info lebih lanjut? Jemput baca EBOOK KIRA KOS BARANG KEMAS di website saya ok.
Perak juga merupakan logam pilihan yang baik untuk di simpan.

Simpanan Emas Sebagai ‘Forgotten Saving’!
1. Bila simpan duit dalam bank, minda mudah teringat-ingat. Macam-macam perancangan belian yang diaturnya.
Sudahnya simpanan jadi lebih mudah tiris.
Ia sejenis kebocoran tunai walaupun dalam bentuk simpanan.
2. Cuba ubah simpanan ke dalam bentuk emas, ia bertahan dijadikan sebagai simpan dan dilupakan.
Jangka masa panjang, nilainya akan bertambah. Nak jual emas itu pun rasa sayang.
3. Jadi, setiap kali hari gaji, cepat-cepat alihkan terus dengan beli emas.
Jadikan 10% darinya ‘forgotten saving’.
Selebihnya boleh simpan di asb ke tabung haji etc jika mahu.
Nilai emas tak susut seperti nilai mata wang. Makin tinggi ada.
Bagi yang ingin mula simpan emas, saya boleh bimbing anda sehingga faham dan kenal dengan emas Public Gold.
Nota: gambar ini adalah Bunga Mas koleksi emas 999.9 Public Gold yang paling halus dan cantik. Awak dah ada ni belum? #gengduitemas













