Menara Tinjau Drawbridge Kuala Terengganu

Salah satu ikon kebanggaan rakyat Terengganu kini adalah Drawbridge ini.  Jambatan angkat ini menjadi penghubung antara kawasan bandar Kuala Terengganu dengan bagian Utara Seberang Takir. Menariknya, hanya dengan 5 – 10 minit anda sudah tiba di ST bila menggunakan  jambatan ini.

Jika waktu musim cuti sekolah, jambatan ini menjadi tumpuan ramai dan peluang untuk jammed di atas jambatan ini sangatlah tinggi. Jika waktu biasa, ianya sangat santai buat semua yang menggunakan jambatan ini.

Di sekitar kawasan ini ada tanah lapang dan tempat letak kereta yang agak besar dari kawasan Seberang Takir untuk kemudahan  pengguna untuk bergambar dan menikmati keindahan petang di sini. Manakala jika di lihat dari arah Pesisir Payang, terdapat kawasan luas untuk pengguna beraktiviti rehat di sini, menikmati aroma Sungai Duyong  dan seterusnya jambatan ini.

Selain daripada aktiviti di atas sebenarnya, ada ruang yang dibuka untuk pengunjung menikmati keindahan Laut China Selatan dari atas Drawbridge ini sendiri. Terdapat dua buah menara yang mempunyai fungsi berbeza.

Menara Tinjau mempunyai dewan pameran lukisan yang dinamakan Galery Skybridge dan sesuai untuk menikmati pantai dari dua-dua belah sisi, di satu sisi terdapat Duyong Marina Resort dan satu lagi lautan terbentang luas. Menara Tinjau satu lagi masih belum di buka untuk orang ramai.

Harga tiket promosi untuk menaiki menara Drawbridge adalah:

  • RM5 untuk semua warga Malaysia
  • RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak (untuk bukan warganegara Malaysia)

Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat rehat bermula jam 12.30pm – 2.30pm.

Tiket boleh dibeli di bahagian bawah menara tinjau dan anda boleh letak kereta di Pasarnita atau seberang Takir. Kadar jarak berjalan hanya dalam 200m sahaja. Macam kena bersenam sikitlah naa, haha.

Adapun yang menulis ni belum sempat ke Menara TInjau, nantikan report kami seterusnya ya. =)