Sebelum mula simpan emas, tetapkan dulu matlamat yang nak dicapai dengan simpanan tersebut.
✅ simpanan masa depan ✅ menunaikan umrah dan haji ✅ belian hartanah atau rumah idaman ✅ pendidikan anak-anak ✅ tabungan pertunangan atau pernikahan ✅ dana melancong ✅ tabungan pendidikan sendiri/yuran kelas ✅ dana kecemasan
Lepas dah dapat matlamat. Baru mudah nak buat anggaran simpanan bulanan.
Contoh untuk Pn A simpan emas GAP untuk tabung kecemasan keluarga. Pendapatan Pn A adalah RM7k sebulan
Anggaran dana kecemasan = 6 bulan pendapatan hari ini
RM7k x 6 bulan = RM42,000
Convert kepada bentuk emas. Harga 27.4.2020 adalah RM259 segram
Justeru RM42,000/RM259 = 162.16 gram emas yang diperlukan untuk meet the need di atas. Bundarkan kepada 162 grams emas.
Katakan mahu menyimpan dalam tempoh 3 tahun aka 36 bulan
Jadi 162 grams / 36 bulan = 4.5 grams
Yang perlu dibuat simpanan setiap bulan adalah sebanyak 4.5 gram emas atau RM1,165.50 saja (berdasarkan harga emas semasa)
Lebih kurang 17% dari pendapatan Pn A sebulan. Paling mudah Pn A boleh mula dengan 1 bulan 1 dinar sebab lebih kurang berat dengan dinar.
Gitu!
Follow tipsimpananemas saya di channel telegram MASLIANA IBRAHIM
Post Views: 236
Semua kandungan hanya untuk bacaan di sini sahaja. Silakan kongsi dengan klik butang socmed jika ia dirasakan bermanfaat.