Barang kemas 916 sangat sinonim dengan wanita. Wanita menyimpan emas dengan membeli barang kemas 916 sangatlah tinggi, termasuk saya. Dulu saya juga memulakan simpanan emas dengan emas 916 kerana sangkaan saya itu yang terbaik. Ternyata ia kurang tepat.

Barang kemas boleh dibeli atau di simpan sekiranya kita mahu memakainya. Namun jika sekadar untuk simpanan di dalam peti besi, ia lebih berbaloi dengan emas 999.9. Ini adalah emas dalam bentuk jongkong emas atau dinar.

Barang kemas 916 PG Jewel jauh lebih rendah harganya dengan harga kilang.

Ok berbalik kepada barang kemas tadi, kelebihannya adalah seperti berikut:

  • ia cantik dan boleh dipakai wanita. Rasa hati tenang dan gembira jer kan pakai barang kemas ni. =)
  • manfaat dari segi zakat emas (boleh rujuk info zakat emas dan perak)
  • ia boleh digadai sebagai pusingan modal niaga atau tunai segera.
  • boleh diwarisi sebagai harta warisan
  • boleh juga menjana keuntungan jika hara emas semasa naik seperti sekarang.

Apakah pula kelemahan barang kemas 916?

  • harganya lebih mahal jika dibeli di kedai emas yang mengikut harga FGJAM.
  • Ada kos upah tukang. Ini adalah upah yang bergantung kepada desain dan reka bentuk emas tersebut. Semakin sukar reka bentuk barang kemas, semakin tinggi kos upah tukangnya.
  • Susutnilai barang kemas jauh lebih tinggi dari jongkong emas. (antara 25% sehingga 40%)
  • Kebarangkalian untuk rosak adalah tinggi. (patah, putus, bengkok, kemek dan berlubang)
  • Sukar untuk digadaikan jika barang kemas tersebut ada batu permata. Ini kerana ujian ketulenan melalui mesin desimeter tidak dapat dilakukan.
  • Pemilik barang kemas boleh kerugian dengan lebih banyak jika menjual balik barang kemas yang ada batu permata. Sebab kedai emas akan mentaksirkan nilai barang kemas tersebut berdasarkan berat emas sahaja. Batu permata akan dikeluarkan dan dinilai secara berasingan atau dipulangkan kembali.

Dan melalui pengalaman sendiri trade in barang kemas juga, saya pernah kerugian beratus ringgit hanya kerana membayar kos upah gelang baru dan perbezaan harga trade ini. Jumlah pertambahan emas 916 waktu itu hampir 1 grams sahaja.

Kos pertambahan yang saya bayar itu jika ditukar kepada emas 999.9 saya layk mendapatkan minima 1 dinar. Ia yang bersamaan dengan 4.25 grams emas.

Kenangan kerugian yang tak mungkin saya lupakan. Namun asbab inilah saya lebih berhati-hati dalam simpanan emas dan menemukan saya dengan Public Gold. =)

Namun itulah kos pengajaran untuk saya lebih bijak menilai simpanan emas. Baru saya tahu yang terbaik sebenarnya ada di dalam simpanan jongkong emas atau dinar.

Justeru cadangan saya untuk sahabat wanita khususnya, jika kita sudah ada beberapa utas gelang/rantai untuk dipakai secara bergilir-gilir (wanitakan suka pakai emas 916 =), next belian emas kita tukar ke dalam gold bar. Ia lebih baik untuk nilai tunai kita.

Nanti kita kongsikan bagaimanakah cara untuk memaksimakan profit melalui barang kemas. Stay tuned ok.

Untuk lebih tipsimpananemas saya, boleh ikuti telegram channel Masliana Ibrahim.