Lawatan ke Public Gold HQ di Pulau Pinang

Kisah dapat berkunjung ke HQ Public Gold di Bayan Lepas, Pulau Pinang tempoh hari sangat mengujakan. Kami bertolak dari Kuala Terengganu pada Khamis malam dan tiba di sana Jumaat pagi dengan bas yang telah disediakan oleh pihak Public Gold Kuala Terengganu.

Tujuan lawatan ini diwajibkan ke atas semua dealer di bawah naungan Public Gold bagi menunjukkan ketelusan proses Public Gold dalam mengendalikan urusniaga dan transaksi emas dan perak yang mereka jalankan selama lebih 10 tahun ini di Malaysia. Dengan pendedahan sebegini, kami menjadi lebih yakin dan terbuka dengan sistem yang Public Gold kukuhkan dalam perniagaan ini. Lawatan sebegini juga terbuka untuk semua orang dengan syarat tertentu.

Ok setibanya kami di Pulau Pinang pagi itu, jemaah kami dibawa ke Masjid Negeri untuk menunaikan solat subuh dan membersihkan diri. Setelah itu perjalanan diteruskan dengan sarapan pagi dan menuju ke HQ Public Gold di Bayan Lepas. Di sini kami disambut baik dan diberi pendedahan mengenai Public Gold. Di bawa ke setiap department yang beroperasi di situ termasuklah department MIS, Human Resourses, Finance & Acocunting, Desain dan diberi penerangan yang sewajarnya. Apabila berada di sini, barulah saya nampak dengan lebih jelas betapa misi dan visi Public Gold ini sangat besar dalam membina ekonomi keluarga kita sendiri.

Kami diberi peluang juga untuk menaiki kereta Porcshe dan Rolls-Royce yang dibawa oleh driver khas PG. Waaah teruja juga hati bila dapat peluang naik kedua kereta mewah ini, mana taknya kalau nak ikut sendiri ke showroom mereka ni memang tak pergilah Mas. Kena siapkan protfolio kewangan yang mantap dulu baru boleh masuk situ. Justeru peluang baik yang diberi Public Gold buat kami semua memang diguan sebaiknya. Sejurus melangkah masuk ke dalam kereta ini, Mas rasa betul-betul ambien di dalamnya, tempat duduknya yang sangat lembut dan empuk, keselesaan yang melampau di dalam Rolls-Royce tu terutama di bagian belakang, ini memang diakui oleh driver yang membawa kami. Kereta ini di desain dengan keselesaan tempat duduk belakang dan harganya juga bernilai juta-juta. Dapat rasa enjinnya yang kuat dan mantap bila di bawa dengan lebih laju dan tiba-tiba tengok dah sampai kat HQ Public Gold, haha tak terasa duduk dalam tu best sangat kot.

Sebenarnya lawatan ini bukan hanya untuk dealer Public Gold, ia juga di buka buat semua yang ingin mengenali Public Gold dengan lebih dekat. Bukan apa, tak kenal maka tak cinta. Justeru bila kita dah kenal Public Gold, senang rasa untuk percaya yang Public Gold ni memang mengusahakan perniagaaan emas dan perak yang ada kredibiliti yang sangat baik. Justeru kita akan lebih yakin dan berani untuk mula menyimpan emas kita di sini. Kannn gitu. Ada banyak lagi episod lawatan ni, nanti Mas tulis di hantaran berikutnya ya. =) Jika ada sahabat yang ingin ikut sesi lawatan sebegini maklumkan tau, nanti Mas kongsikan posternya juga k.

Terima kasih dan selamat ber Public Gold