Suasana waktu pagi Sabtu 4 Mac 2019 di kolam renang Quinara Alsafir Resort, Gong Badak, Kuala Terengganu

Lokasi tempat di sekitar Gong Badak. Kolam di resort ini turut di pbuka kepada pengunjung awam yang tidak menginap di resort ini. 👏 Kami sempat menjejak kaki ke sini Isnin lepas buat pertama kalinya, ternyata ia adalah tempat mandi yang best untuk anak-anak. 💝 Excited depa boleh mai sini toksah cakaplah naa. 😂Ada yang tak nak balik kang. 🤣 Oh ya untuk mak-mak yang nak mandi sini pun boleh, cuma kena pakai pakaian renang atau swimming attire yang sopan dan menutup aurat. Lepas ni dah boleh mula cari satu k. 😂

Ada 4 bahagian kolam di sini, 2 untuk kekanak dan 2 lagi khas untuk dewasa.Bahagian kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah agak luas dan sangat berpuas hati untuk mereka meneroka di sini. Dan yang paling best untuk ibu bapa yang tak mau masuk kolam sekali adalah, terdapat beberapa buah gazebo khas untuk menunggu dan area menunggu juga disediakan kerusi secukupnya. Tempat ini agak redup dan ini antara alasan yang ambe suka. 😂 Boleh tunggu anak mandi dengan nyaman dan selesa ooi. 💪

  • Fi kemasukan seperti berikut:
  • Kanak-kanak 12 tahun ke bawah RM5
  • Dewasa RM5 masuk sahaja
  • Dewasa RM10 masuk plus mandi kolam
  • Dibuka pagi waktu kami pergi hari tu dalam 8.45 pagi dah buka.😂

Dah lepas mandi tu mesti lapar kan. Depa ada jualan makanan serta sedikit peralatan mandi juga di sini seperti pelampung dan sebagainya. Haaa mak ayah lepas depa mandi, jemputlah meraikan mereka ni dengan makana di sini buat alas perut. Ada beberapa buah peralatan meja makan untuk kemudahan pengunjung di sini juga. Senang kalau rasa nak makan terus kat situ pun boleh. Yang penting anak-anak gembira dan rasa selesa di sini. 😄 Tu nampak gambar 👇 layan depa duk makan aiskrim, seronok juga sekali sekala.

Ok moga bermanfaat untuk anda yang datang sini samada dari luar Terengganu atau sebaliknya. Untuk pengetahuan ramai yang di luar Terengganu, lokasi ini juga strategik untuk di inapi sebab mudah nak ke tempat makan-makan celup tepung area pantai Tok Jembal nun dan juga kawasan pantai yang indah sangat berhampiran dengan resort ini.
Selamat meneroka Terengganu. 😍

Sahabat ada yang nak book hotel di sekitar Kuala Terengganu bila datang sini? Jom dapatkan DISKAUN 10% dan sahabat semua boleh cek di link sini ya https://www.booking.com/s/278/mydaff79

#maslianaibrahim
#TerengganuKita