Tips hari ini yang bakal dikongsikan adalah faktor penting sebelum anda buat sebarang belian atau simpanan emas. Jangan beli dulu emas itu, tanya dulu soalan ini kepada pengeluar.

Bagaimana saya nak tahu emas ni tulen? Siapakah Assayer nya?

Apakah ASSAYER?

Assayer adalah individu atau syarikat yang menjalankan ujian ketulenan ke atas logam termasuklah emas dan perak. Biasanya bar emas yang mempunyai pengesahan assayer untuk ketulenannya mempunyai sijil perngiktirafan bersamanya atau ia dicetak bersama nama assayer tersebut.

Jongkong emas dan dinar Public Gold mempunyai 2 Assayer yang bertangungjawab untuk akreditasi ketulenan emas. ia terdiri daripada

  • NADIR METAL RAFINERI
  • ASSAY OFFICE PENANG SDN BHD

NADIR METAL RAFINERI

Ia adalah sebuah syarikat pengeluar emas terkemuka dunia yang bertempat di Turki. Emas Public Gold yang dikeluarkan Assayer Nadir juga mendapat pengesahan LBMA secara otomatis, menjadikan emas Public Gold turut diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan mudah.

Untuk jongkong emas dan dinar Public Gold yang dibuat di luar negara, inilah assayernya. =)

ASSAY OFFICE PENANG SDN BHD

Ini adalah assayer untuk semua produk Public Gold yang dibuat di Malaysia

Kelebihan Jongkong Emas yang ada pengesahan ASSAYER

  • kepercayaan yang tinggi untuk ketulenan emas
  • mudah urusan untuk dijual balik atau tujuan arrahnu
  • diterima pada semua peringkat tempatan mahupun antarabangsa

Contoh produk yang ada Assayer

Emas yang tiada pengesahan assayer akan mengalami kesukaran untuk perkara berikut:

  • susah nak dijual balik kerana banyak syarikat tidak menerimanya semula
  • sama dengan kes arrahnu kebarangkalian untuk di reject adalah tinggi

Jadi jika kedua isu di atas berlaku, dimanakah peluang kita sebagai penyimpan emas mahu menggandakan keuntungan atau paling kurang untuk mendapatkan semula tunai setelah bertahun kita menyimpannya.

Bukankah tujuan utama kita menyimpan emas tersebut untuk jaminan nilai yang lebih baik. Justeru pilihlah jongkong emas yang terbaik bagi diri kita. Pastikan kita jelas dengan ketulenan emas yang bakal kita beli dan simpan.