Hari ni nak kisahkan mengenai seni mencintai dan menyayangi diri atau dalam bahasa Inggerisnya adalah self love. Ia adalah seni yang sangat utama dan menjadi faktor penting dalam pembangunan sahsiah dan diri seorang manusia tak kira wanita mahupun lelaki.

Apakah yang di katakan self love ini? Ia bukanlah seperti mana mementingkan diri kita tapi ia lebih halus cara untuk menyayangi diri kita selayaknya. 

[signinlocker] Seni self love ini adalah intipati sebuah penyembuhan dalam diri dan sumber untuk diri lebih bertumbuh. Seseorang yang mencintai dirinya adalah orang yang layak untuk mendapat semua keberadaan dan perkara-perkara yang baik samaada material atau immaterial. Alam ini akan memberi laluan yang sangat mudah untuk orang yang menyayangi dirinya di tahap yang paling tinggi apa sahaja yang diimpikannya. Impian menjadi sangat senang untuk di capai dan semua mahkluk Allah juga bakal memberi layanan terbaik untuk dia.  

Sahabat yang dikasihi sekalian, sudahkan anda menyayangi dirimu selayaknya hari ini? Atau masih berkeluh kesah dengan apa situasi yang melanda diri saat ini? Masih bergundah gulana dengan segala layanan yang kau dapati dari orang-orang di sekelilingmu?

Bangkitlah sayang, kerana sesungguhnya angkara itu berlaku akibat daripada layanan dirimu sendiri terhadap dirimu itu tidak selayaknya. Jujurlah sayang bahawa kau sendiri yang tidak merasakan dirimu layak untuk semua impian-impianmu itu dicapai. Akuilah sayang bahawa jauh di sudut hatimu tersimpan rasa ketidaklayakan ini terhadap dirimu sendiri. Ia hakikat yang sangat menyakitkan namun ia adalah kebenaran dan selalunya kebenaran itu adalah ubat dan penyembuh yang terbaik buat diri kita.

Contohnya jelas sekali, coba dilihat pada situasi berikut, pernahkan ia terjadi dalam episod dirimu.

Situasi #1:

Saat lewat sebuah kedai tudung Ariani atau apa saja brand yang best di Malaysia ini, jauh di dalam hatimu terselit rasa keinginan untuk memilikinya satu. Namun dihatimu masih ragu, bolehkah aku pakai shawl sebegini sedangkan pekerjaanku memerlukan aku bergerak lebih lasak? Atau tetiba kau rasakan aaarrh biarkan aja, tudung ini terlalu mahal buat diriku malah aku sudah ada banyak tudung murah-murah sebelum ini. Membazir aaah belikan ini. Lalu perlahan-lahan, kau pun berlalu dan meninggalkan ruang kedai tersebut dan meneruskan langkah ke destinasi seterusnya. Sedang dalam dompet mu ada wang yang mencukupi untuk membeli tudungnya sehelai buat dirimu sendiri sebagai hadiah sepenuh kesedaranmu.

Ketahuilah sayang bahawa saat itu terjadi, maka terhasillah satu anggapan baru yang menyokong bahawa dirimu sememang tidak layak untuk disayangi. Ada luka kecil dalam sanubari yang tidak ternampak secara jelas dan luka ini terus menerus ada melekat disitu tanpa kau sedari ia menjadi energi yang kurang enak dalam dirimu dan bakal menarik apa saja energi yang kurang enak hasil dari tindakanmu sendiri tadi.

Situasi #2:

Melihat jongkong emas dari Public Gold yang banyak lalu lalang di ruang facebookmu. Hati kecilmu teringin sekali memilikinya satu itu dan berniat untuk menyimpan emas untuk dirimu secepatnya kerana kau tau ia boleh dimulakan dengan amaun yang sangat kecil iaitu serendah RM100. Hati meronta sangat ingin memulakan simpanan emas tersebut lalu kau teringat akan seseorang yang perlukan bantuan dirimu. Lalu kau berhitung-hitung untuk meneruskan niatmu untuk hadiahkan kepada diri sedikit simpanan emas atau membantu orang lain. Andai kata keputusanmu itu mendahului untuk membantu orang lain, sekali lagi kau meletakkan dirimu di tahap yang tidak selayaknya untuk disayangi. Membantu orang lain itu mulia namun setelah di dahulukan diri kita sepenuh kesedaran dengan apa yang kita lakukan. Bukan dengan menidakkan keperluan diri dan meranapkan rasa sayangkan diri lalu memusnahkan sebuah keyakinan diri dari dalam dengan bersahaja. Aduuh sakitkan hakikat.

Ketahuilah sahabat, saat sesuatu rasa baik itu hadir untuk dirimu sendiri seperti maukan sesuatu untuk dirimu maka seharusnya ia diraikan sebaiknya. Sebaik meraikan ia percayalah akan tercetus satu energi luar biasa dari dalam dirimu dan inilah energi yang akan menarik lebih banyak kebaikan hadir dalam dirimu. Kerana kau sudah membuktikan bahawa dirimu selayaknya mendapatkan apa sahaja yang kau mahu dengan penuh cinta. Dan saat kau menidakkan rasa itu, ia saat merudum rasa yang tanpa kau ketahui dirimu sendiri yang menganiayai dirimu, bukan orang lain sesungguhnya.

Justeru situasi mana yang pernah kau alami. Diatas sekadar contoh yang ada dan pastinya banyak lagi situasi yang hampir sama dalam hidup kita dan kita berkompromi untuk mencintai diri dengan rasa selayaknya atau lebih memberi kepada yang lain.

Apa saja contoh di atas hanyalah berbentuk fizikal yang lebih material. Namun percayalah sahabat bahawa efek fizikal itu adalah terlestari daripada satu titik rasa yang sangat halus dari dalam jiwamu tanpa kau sedari bahawa dirimu tidak layak. Sejurusnya usah terlalu hairan apabila ramai orang di sekelilingmu juga melayanmu tidak selayaknya kerana energi halus itu yang menarik lebih banyak energi tidak layak untuk dirimu.

Sahabat, bukan harga sesuatu barang yang menjadi faktor utama di sini, mahal atau murah itu bukanlah isunya. Isunya adalah rasa ketidaklayakan itu yang sangat membinasakan diri, boleh mematikan rasa cintakan dirimu yang setinggi gunung itu menyebabkan emosi terganggu tanpa kau sedari. Rasa tidak layak itu sendiri adalah tanda tidak cintakan dirimu sepenuhnya.

Barangkali kita sudah terlupa bagaimana diri kita dulunya berasal.  Saat tercantumnya telur kedua ibuayah dan itulah saatnya Dia memberitahu kita bahawa kita sememangnya layak. Melalui proses 9 bulan berada di alam rahim ibu, kita akhirnya keluar sebagai bayi comel kesayangan keduaayah bunda kita. Mana mungkin tidak layak sayang, kerana buktinya kita lahir ke dunia ini sebagai diri kita. Dan hari ini kita masih di muka bumi ini sebelum meneruskan perjalanan ke alam yang lebih berbeza kelak. Ini bukti nyata bahawa kita layak. Apakah kita hari ini masih berkira-kira untuk tidak mencintai diri kita selayaknya.

Belajarlah untuk menyayangi diri sendiri sepenuhnya hari ini. Lakukan sekarang juga dan bagaimana kaedahnya. Jom kita sama-sama lakukan proses mudah ini untuk hadirkan rasa kasih sayang untuk diri kita sebanyaknya.

Sebaiknya seusai solat ambil masa seketika sebelum bangun. Letakkan tangan kanan di dada dan bacakan surah Al fatihah sebanyak 7 kali dengan niat “aku sedekahkan bacaan ini buat diriku sendiri. Aku sangat sayangkan diriku sendiri.”

Kaedah ini sangat mudah dan mungkin mengambil sedikit masa untuk merasai dan menjiwai rasa cintakan diri sendiri. Namun inilah antara kaedah cepat nak buat dan boleh buat di mana saja. Sahabat sekalian, ia boleh dilakukan dengan penuh senyuman saat membaca surah tersebut dan sesekali cuba rasakan energi yang ada di dalam dadamu.

Apa pentingnya SELF LOVE ini?

Ini sangat penting kerana tanpa kasih sayang untuk diri sepenuhnya, bagaimana untuk dirimu memberi kasih sayang kepada anak-anakmu, pasanganmu, ibubapamu, atau seluruh masyarakat sekeliling. Menyebarkan kasih sayang yang ada kepada orang lain itu hanya bisa di lakukan jika stok kasih sayang itu ada buat diri dan dalam diri. Bayangkan ia tiada dalam diri, lalu energi yang bagaimana yang sedang diri kita sebarkan? Mungkin sedih, marah, kecewa atau bagaimana? Dan sekiranya bukan energi cinta yang mengalir keluar dirimu, apakah yang akan masuk balik ke dalam dirimu itu energi cinta juga? Tidak kan pernah terjadi begitu sahabatku sayang. Ingat balik formula resonan energi alam adalah ada, beri dan dapat. Ada cinta, beri cinta dan hasilnya cinta tersebut akan pasti kembali kepada kita. Ada sedih, beri sedih dan lebih banyak kesedihan yang akan hadir nanti. Ada layak, berikan rasa kelayakan itu juga kepada orang lain dan nantikan lebih banyak kelayakan-kelayakan yang hadir melimpah ruah dalam hidupmu. Justeru pilih saja apa yang mahu di berikan dan pastikan ia bermula dari dalam dirimu sendiri.

Idea nak kongsi ni datang pagi tadi semasa berjalan melihat keindahan alam selepas hujan di Masjid Kristal

Terima kasih kerana sudi membaca, insyaallah di lain masa akan diolahkan dengan lebih detail self love ini. Sesungguhnya inilah perkara yang hadir dari dalam diri Mas pagi tadi dan mahu dikongsikan dengan ramai orang mengenainya. Konsep ini mudah untuk di tulis namun yang luar biasa saja yang mampu membuatnya. Mas yakin anda yang baca ini adalah sahabat luar biasa. Insyaallah.

Simbolik tanda terima kasih buat dirimu. 

Oh ya jika ada yang mahu hadiahkan diri sendiri dengan emas hari ini, usah bertangguh lama. Terus hubungi Mas ya. =) Mas boleh bantu sahabat untuk urusan ini. KLIK >  https://www.whatsapp.com/60196070105/thanksyougold Post Views: 489