Apakah yang dinamakan pendapatan pasif dan pendapatan aktif? Seringkali kita mendengar vokab ini dalam kehidupan seharian kan. Ok jom teruskan bacaan penulisan untuk topik ini.

Pendapatan pasif adalah sebuah pelaburan atau usaha yang dibuat sekali tapi pulangannya berkali-kali. Manakala, pendapatan aktif pula adalah usaha yang diulang buat (aktif) bagi membawa hasil yang berkali-kali.


Contoh pendapatan aktif adalah berkerjaya, bisnes yang baru bermula, pekedai runcit, pemandu grab dan sebagainya. Ini contoh saja ya, =). Manakala pendapatan pasif seperti anda membuat simpanan ASB dengan jumlah wang yang banyak dan menunggu pulangan dividennya setiap tahun. Tetapi disini, yang kami ingin tekankan adalah pendapatan pasif boleh dijana dengan PG Mall.

Jom kita telusi contoh yang lebih jelas gambarannya. Ada 2 orang sahabat dan jiran. En Abu dan En Ahmad di satu taman perumahan. Berhampiran rumah mereka terdapat sumber air atau pun telaga di mana ia menjadi sumber air utama kepada kedua rumah mereka. Jarak antara rumah mereka dengan sumber telaga tersebut adalah 1.5 kilometer.

En Abu terpaksa keluar awal pagi berjalan kaki untuk mengangkut air untuk keluarganya hanya dengan membawa 2 biji baldi besar kerana itu kapasiti dirinya untuk satu-satu masa. Ia ibarat seperti kita yang berkerja setiap hari atau berniaga demi meraih gaji bagi keperluan keluarga kita. Katakan pada satu hari yang kurang baik, En Abu kurang sihat terkena jangkitan kuman dan terpaksa untuk berehat di rumah sementara kesihatannya pulih. Dia tidak lagi dapat keluar rumah untuk mengangkut air yang perlu dibawa pulang ke rumahnya. Akibatnya adalah seluruh keluarga En Abu merasa sedikit sukar kerana sumber air mereka berkurangan, sedangkan keperluan asasi mereka perlu disiapkan seperti nak basuh baju, mandi, makan, cuci pinggan mangkuk dan sebagainya. Inilah kesukaran dan keperitan yang harus ditanggung mereka sekeluarga pada saat kesihatan En Abu kurang baik.

Manakala En Ahmad, lain kisahnya. Beliau lebih suka mencipta sistem yang lebih teratur, dari mengangkut air dengan baldi dan berulang alik. Dia sanggup bersusah payah menggali dan membuat saluran sumber air dengan kemudahan paip bersambung ke rumahnya terus. Proses membina paip dan saliran ini berlaku sekali sahaja dan ia proses yang agak rumit pada awalnya, namun hasilnya ia menyenangkan seluruh keluarganya kerana sumber air dapat dialirkan secara berterusan kepada mereka bila-bila masa saja. Samaada En Ahmad masih hidup atau pun telah meninggal dunia, namun sumber air tersebut akan berterusan sampai ke rumah beliau.

Begitu juga dengan kisah penjanaan pendapatan pasif dengan PG Mall. Anda hanya perlu membuat belian keperluan harian di PG Mall dan mengajak lebih ramai kawan-kawan dan adik beradik serta rakan taulan untuk membuat belian keperluan groceries yang sama setiap bulan. Sebab tiada bezanya jika tak membeli di PG Mall, setiap kita masih ada keperluan harian dan dibuat setiap bulan di kedai-kedai fizikal seperti Mydin, Giant dan sebagainya. Anda hanya perlu yakinkan mereka untuk menukar platform belian biasa kepada PG Mall. Sebab disini, anda dan mereka dapat insentif rebat tunai hasil dari belian ini dan inilah pendapatan pasif anda. Sekali mereka dah dapat keselesaan untuk menggunakan PG Mall dalam kehidupan seharian mereka sebagai kedai atas talian yang sangat mudah dan hanya dibuat dihujung jari sahaja, mereka akan mengulang beli setiap bulan. Mereka juga wajar menyebarkan manfaat ini kepada rakan-rakan mereka. Tanpa kita sedari, kita sebenarnya sedang membina sebuah empayar perniagaan tanpa sedar dan ia pasti akan berkembang dengan lebih besar lagi.

Zaman ini adalah era gelombang digital, semua boleh dibeli dan dijual di alam maya. Teringat seorang sahabat usahawan saya yang berniaga ikan dan pasar basah dengan menggunakan kemudahan platform atas talian seperti facebook dan instagram. Alhamdulillah perniagaannya mendapat sambutan baik dari penduduk setempat juga.

Ambil kesempatan baik ini untuk membina sumber air ke rumah kita. Jalannya mudah, hanya sebarkan perkara ini kepada lebih ramai orang dan insyaallah pasti ada hasilnya kelak. Mulai saat ini tukar cara perkongsian kita di facebook, dari hanya melihat posting orang, mari kita kongsi dan ajak lebih ramai kawan untuk menjana pendapatan pasif bersama-sama PG Mall.

Saya doakan anda dan semua kita sama-sama berjaya dalam membina pendapatan pasif kita. Jom sesama!