Bebaru ni PG Mall mengadakan Loveu 3K Campaign dan ianya masih berjalan. Kempen ini adalah untuk menggalakkan pengguna membuat pembelian barang keperluan di platform PG Mall. Setiap bulan pada 15 dan 30 haribulan, PG Mall akan mengadakan cabutan bertuah bagi pelanggan yang telah membuat belian minima RM30.

Alkisahnya awal bulan December bebaru ni, Mas buat belian set pensel warna Colleen sebab memang itu yang dicari dan diperlukan. Mas bukanlah pembeli atas talian tegar, melainkan dulu seorang penjual di atas talian tegar. haha gurau k. Justeru bila nak membeli tu, bukan sekadar suka-suka, melainkan ada keperluan jer. Harga set pensel warna tersebut dalam RM49 camtulah dan lepaslah untuk masuk cabutan bertuah. Dah nama pun pendapatan pasifkan, sediakan pukat dengan C Wallet PG Mall ni. senang rezeki masuk sebab kita dah awal-awal sediakan tadahan untuk tujuan tersebut. Gitu! =)

Semalam, kawan wasap sambil tunjuk gambar di bawah. Ewah Mas pun tengoklah (sebelum tu tak tau pun kempen ni dah berjalan) dan wah wah wahhhh ada nama sendiri kat situ rupanya. Ya Allah beli RM49 jaa tapi dapat rezeki balik RM100. Siapa tak sukakan. Rezeki tu dan Mas aim lepas ni nak gemukkan C Wallet untuk tukaran dengan barang kemas nanti. Haha impian baguskan. C Wallet ni Mas tak pernah top up pun, semua yang masuk situ biasanya insentif belian pelanggan dan kadang ada la yang biasa menang/cabutan bertuah dapat masuk C Wallet.

Mudah jaa nak daftar masuk PG Mall ni, mohon ikut langkah di bawah ya.

1️⃣ Daftar akaun PERCUMA di sini 👉 http://bit.ly/2rkwU5J 👈
2️⃣ Lepas daftar, mohon verify emel anda
3️⃣ Muat turun aplikasi PG MALL di telefon pintar anda
4️⃣ Shake the world untuk dapatkan RM3

Jika ada keperluan untuk anak-anak sekolah atau keperluan barangan dapur seperti sabun, teh, gula, kopi, beras dan sebagainya, boleh buat belian di MYDIN yang ada di PG Mall ni. Alang-alang membeli, boleh sertai sekali kempen di atas ok. =) Ok lah Mas saja kongsi sebab ini berita baik semua orang wajar tau kan. =)