Kelebihan Menyimpan Emas

Ramai yang dan tahu kelebihan membuat simpanan emas ni sebenarnya atau mungkini ada juga yang kurang sedar akan kepentingannya. Marilah kita sesama melihat kenapa ia penting dalam kehidupan kita.

  • Aset paling mudah dan mampu dimiliki
  • Kenaikan harga emas dalam jangka masa panjang
  • Semai tabiat menyimpan dengan emas
  • Sesuai untuk simpanan masa depan seperti perkahwinan, pendidikan anak, harta pusaka, haji/umrah, rumah idaman

Aset paling mudah dan mampu di miliki

Ia adalah satu aset yang sangat mudah dimiliki and hampir setiap manusia mampu memiliki emas ini. Anda hanya perlu mulakan dengan serendah RM100 atau seberapa bajet anda ketika ini.

Jika anda mahu membeli rumah, anda perlu ada sejumlah wang yang besar untuk deposit dan segala kos untuk memiliki rumah tanpa boleh membelinya secara dikit-dikit. Hari ini satu meter persegi, bulan depan semester persegi lagi.

Tapi emas terutamanya keluaran Public Gold, anda mampu mulakan dengan 1 gram yang bersamaan dengan RM211 sahaja hari ini.

Murah kan! Ya ia sangat murah dan rendah, mulakan dulu hari ini dan lihatlah hasilnya nanti, dah ada aset emas dalam tangan secara tak sedar.

Kenaikan harga emas dalam jangka masa panjang

Ya ia benar sekali, harga emas memang meroket dalam masa jangka panjang. Ikutkan beberapa tahun terdahulu, harga emas tidaklah setinggi hari ini. Contohnya lihat saja pada harga bunga emas 20 gram ini sekitar September 2018 dan hari ini. Lihat pada kadar kenaikan emas kini untuk anda buat bandingan berapa kadar kenaikannya dalam masa setahun.

Harga 20 grams bunga emas hari ini adalah RM4,209 dengan kadar kenaikan RM757 dalam masa setahun. Nisbah untuk keuntungan untuk 1 gram emas adalah dalam RM37.85. Ia adalah kadar yang agak tinggi sebenarnya. Ini contoh dalam masa setahun, jika dibandingkan dengan bertahun dulu, lagilah bertambah nilainya.

Kenaikan nilai emas ini jika diukur dengan nilai duit, adalah lagi berbaloi kerana semakin lama nilai duit merosot akibat inflasi. Namun berbeza dengan nilai emas, ia semakin meninggi dan bila ditukar ke bentuk tunai, ia jauh lebih menguntungkan.

Semai tabiat menyimpan dengan emas

Wajar tabiat kita disemai dengan penuh berhemah dan perlahan-lahan agar tabiat ini tidak terbantut akan prosesnya. Haha namapun menyemai tabiatkan, haruslah dibuat dengan hati-hati kerana jika terlalu keras akibatnya ia tidak menjadi tabiat, ia hanya terjadi sekali dan tidak berulang lagi. Justeru, simpanan emas ini sangat baik untuk dipraktiskan terutama masa hari gaji masuk. Anda boleh tolak sesiap amaun tertentu sebaiknya dalam kadar 10-20% gaji anda ke dalam akaun emas GAP Public Gold. Kaedah ini sangat halus dan tidak mengusik fikiran anda kerana ia dimasukkan secara automatic ke dalam akaun emas anda. Lama kelamaan anda melihat akaun emas anda membukit dan ia menimbulkan rasa girang dalam hati kerana anda rasa begini, “eh kejap jer sebenarnya emas aku dah banyak cam ni.” Haha ni contohlah ya. Jika anda ada keperluan sebegini, mohon segera maklumkan kepada Mas tau, sedia membantu sebaiknya. =)

Di Public Gold ada menyediakan perkhidmatan auto debit untuk simpanan emas akaun akumulasi GAP, akaun ini hanya memerlukan anda menyimpan serendah 1 gram sahaja. Waaahhh mudah kan, dah lah rendah tak perlu pening fikir nak beli emas kena ada duit yang membukit. Hanya anggaran 1 gram harga hari ini adalah RM211 saja, pejam mata dan mulakan hari ini.

Sesuai untuk simpanan masa depan

Semua orang perlu ada sedikit simpanan untuk masa depan. Ia sebagai perancangan baik untuk diri sendiri atau jika ada agenda tertentu seperti  perkahwinan, pendidikan anak, harta pusaka, haji/umrah, rumah idaman pun boleh di buat juga. Contohnya di Public Gold ada menyediakan tawaran istimewa untuk mereka yang mahu menjadikan emas dinar sebagai hantaran perkahwinan mereka. Katakanlah anda mahu menyimpan 10 dinar bersamaan dengan 42.50 gram emas untuk hantaran nikah anda nanti. Anda boleh mula menyimpan dari sekarang dan membuat kadar belian ansuran yang disediakan Public Gold sebanyak 10 kali iaitu EPP10. Haa biar betul ni? Ya anda tak perlu adakan duit sedebuk untuk membuat belian dinar tersebut. Mulakan hari ini dan dalam masa 10 bulan dari sekarang anda dah boleh memiliki 10 dinar itu dengan cara yang lebih terurus dan teratur.  Anggaran kasar bulanan yang perlu dibuat hanya dalam sekitar Rm899.80, sila rujuk kepada Mas untuk membuat kiraan terperinci selepas ini ya. Berikut adalah contoh harga 10 dinar pada hari ini. Mudahkan jika tau cara yang betul.

Mula mengatur hidup anda dengan simpanan emas. Ianya menjadi lebih mudah dengan adanya info emas

Anda bagaimana? Dah mula menyimpan emas hari ini? =)