Isu ketirisan tunai bukanlah sesuatu yang pelik. Ia biasa.

Terjadi kepada saya juga dulu.

Berbulan bulan menyimpan, akhirnya tengok tunai dah tiada.

Dalam kes saya, mostly bertukar menjadi stok niaga. Bila ia tak dapat di rotate, produk menjadi tukun.

Produk/stok adalah TUNAI kita. Ini saya ulas lain kali untuk uruskannya. 🤩

Bila di cek semula halatuju duit, kebanyakan ia telah bertukar kepada barang bukan keperluan.

  • Mungkin 12 helai tudung baru
  • Mungkin 5 pasang kasut baru
  • Mungkin beberapa pasang baju baru
  • Dan pelbagai lagi rupa bentuknya
  • Gajet baru

Nak tahu cara kita berbelanja kepada keperluan atau tidak, tengok balik stok sedia ada di rumah.

Jika semakin hari semakin memenuhi ruang almari baju dan kasut sedia ada.

Mungkin ada kesilapan dalam pengurusan tunai.

KAEDAH MENGURUSKAN BAJET & KEPERLUAN

  1. KENALPASTI APAKAH BARANG TERSEBUT

Contoh di sini adalah baju/tudung/kasut

2. URUS KEPERLUAN (UNITS) DALAM TEMPOH MASA PENDEK

  • setkan berapa helai pakaian yang anda mahu pakai dalam masa 6 bulan, Jan – Jun
  • katakan 30 pasang yang nak pakai ulang kerja dan kasual
  • ulang pakai pakaian tersebut dalam masa 6 bulan
  • masuk bulan ke 5, cek status pakaian tersebut.
  • Mana yang agak lusuh dah boleh arigato. Tak perlu sayang sangat dengan material.
  • Simpan hanya yang ada resonate dengan diri, selebihnya tukar. Dah tukar, boleh diganti baru.

3. URUS BAJET DAN BELANJA BILA WAKTUNYA TIBA

  • Jadinya bajet tersebut hanya boleh di belanja pada bulan Mei -Jun untuk beli baju, tudung, kasut baru jika ada keperluan.
  • Julai – Dec boleh rotate perkara sama.

4. IMPAK & PERUBAHAN

Ada bajet pakaian bulanan (Jan – Apr) yang tidak digunakan. Tukar ke dalam bentuk emas.

Let say setiap bulan bajetnya dalam RM500 untuk perkara tersebut.

Tempoh 4 bulan, anda dah dapat RM500 x 4 = RM2,000.

Banyak weei! Yuhuu.

Tukar ke dalam akaun emas GAP (jika suka simpan dalam akaun)

Yay anda dah ada simpanan emas.

Ikut harga hari ini 30.12.20 RM500 dah boleh dapat 1.858 grams emas.

Dalam masa 4 bulan anda dah dapat 7.432 grams emas. (Kiraan pada harga RM269 segram).

Banyak ke banyak tu?

Perubahan ini kecil saja. Tapi ia menggembirakan betul? Dari tiada simpanan emas kepada ada.

Dari terpaksa tambah almari pakaian (kos tambah) kepada tak perlu. Jimat ruang kerana pakaian di rotate dalam kadar dan masa yang sesuai.

Sebenarnya semua orang boleh simpan emas. Ia hanya berkaitan dengan disiplin diri dalam menguruskan kewangan sendiri.

Haa boleh cuba tips ni untuk tahun baru. Ia sesuai untuk orang biasa yang bukan artis, public figure dan golongan yang memerlukan fesyen updated. 🥰

#tipsurustunai #simpanemas