Alhamdulillah akhirnya kembali lagi buat kali kedua ke JLT ke 36 di Cherengin Hills Resort, Janda Baik. Kali ini pergi berdua dengan encik suami yang juga merupakan dealer Public Gold. Namun kami berbeza kumpulan. =)

Ada banyak sangat perkongsian di JLT yang terus membuka minda dan hati. Pada saat saya menghadiri JLT kali ini, saya tiada kerjaya hakiki sejak 2 bulan lepas (selama ini berjuang didalam dunia keusahawanan beberapa tahun lepas). Dalam pencarian makna dan kekuatan diri untuk meneruskan perjuangan dibidang emas ini, Allah lorongkan rezeki untuk ke JLT lagi. Benarlah tiada apa yang sia-sia diberi Dia untuk makhlukNya. Selain dari ilmu emas dan sistem-sistem Public Gold yang pada hemah saya sangat superb demi menjaga keharmonian sesama kita, ada banyak kesedaran lain yang diperolehi diri. =)

Disini saya perolehi sebuah kesedaran dan iltizam yang tinggi, inilah bidang utama saya kini. Walau masih baru namun tiada yang terlambat dan semuanya masih boleh dimulakan seawal detik ini. Tak nak tulis banyak kerana yang penting adalah perjuangan dan hasilnya akan diperolehi dengan adanya tindakan. So jumpa nanti di puncak kejayaan. Doakan saya! =)