Kebelakangan ini, ramai yang bertanyakan isu ini kepada Mas. Bagaimana jika dalam simpanan barang kemas atau koleksi emas anda ada emas dalam kategori berikut:

  • barang kemas yang ada kerosakan, patah, kemek atau apa jua kategori rosak
  • barang kemas desain lama yang dalam hati rasa nak di tukar dengan desain baru =)
  • jongkong emas yang tidak lagi diterima oleh syarikat asal pengeluar
  • jongkong emas yang apabila nak di trade ini atau dijual kembali kepada syarikat asal pengeluar atau bank, ada susut nilai yang tinggi atau syarat yang ketat

Sila bertenang, jangan susah hati dulu tau camana nak buat dengan emas-emas ni (tak kira apa bentuk emas tersebut) untuk anda cairkan ke dalam bentuk tunai atau pun nak tukar dengan desain emas baru. Dengan ini Mas menjemput anda bawakan barang kemas/emas tersebut ke cawangan Public Gold yang berhampiran dengan kediaman anda untuk Public Gold bantu anda dalam urusan ini. Barang kemas/emas tersebut boleh:

  • Jual terus kepada Public Gold setelah anda berpuas hati dengan tukaran harga yang ditetapkan Public Gold
  • Arrahnukan di Public Gold (dengan kerjasama pihak berkaitan) jika anda mahu di pajakgadai, namun harus ingat bahawa emas ini kemudiannya harus dibayar balik untuk tuntutan barang kemas tersebut berserta dengan kos upah yang telah dipersetujui semasa transaksi ini berlaku nanti
  • Jual kepada Public Gold tetapi mahu membeli emas Public Gold samaada dalam bentuk emas jongkong atau pun barang kemas 916 mahupun perhiasan Aurora Italia. Ini pun boleh diatur untuk anda, Public Gold sangat mengalu-alukan kedatangan anda tau. =)

Kaedah umum untuk urusan JUAL EMAS LAMA di Public GOLD

  • Sila datang berurusan sebelum jam 4 petang untuk mendapatkan tunai anda diproses dalam masa 2 hari bekerja.
  • Sekiranya anda berurusan selepas jam 4 petang, proses mendapatkan tunai tersebut akan dikira bermula pada hari berikutnya tambah 2 hari bekerja. Justeru ia agak memakan masa sekiranya anda rasa ada keperluan segera untuk tunai. Pengalaman Mas membantu pelanggan dalam urusan ini agak cepat juga iaitu dalam masa 48 jam setelah urusan di kaunter selesai.
  • Tunai akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda justeru bersedia untuk membawa info akaun bank berserta nombor akaun yang lengkap untuk memudahkan proses ini.

Kaedah umum untuk urusan ARRAHNU emas anda di Public GOLD

  • Proses akan dilakukan segera dan tunai diberi pada masa itu juga. Mudah sangat. =)

Ok selamat menukar emas. Usah risau jika anda terpaksa menjual emas atau Arrahnu untuk mendapatkan kecairan kewangan kerana ia emas adalah duit sebenar kita. Justeru harus berbangga kerana paling kurang anda ada emas itu. =) Simpanlah emas dengan jiwa yang sangat merdeka, apabila ia perlu di lepaskan seketika, lepaskanlah ia dan akan ada waktunya emas itu kembali lagi. =) Yang penting adalah ilmu bagaimana nak menguruskan emas ini dengan baik. Emas hanyalah alat simpanan buat kita semua. Insyaallah.