Ramai juga dari kalangan pelanggan dan sahabat yang bertanyakan perihal perbezaan antara  jongkong emas dan syiling dinar yang terdapat di Public Gold. Sebenarnya ia masih emas dengan sifat-sifat yang sama, cuma kategori yang berbeza. =)

  • BENTUK keduanya berbeza. Jongkong emas lebih dikenali dengan bentuk petak atau bersegi empat, manakala dinar adalah berbentuk bulat iaitu seperti syiling.
  • BERAT untuk jongkong emas sedikit berbeza dengan dinar. Jongkong emas dicetak dengan berat bermula 0.5 gram, 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 250 gram dan seterusnya sehingga 1000 gram.
  • BERAT untuk syiling dinar pula bermula dengan 1/2 dinar (2.125 grams), 1 dinar (4.25 grams), 5 dinar (21.25 grams) dan 10 dinar (42.5 grams)

Terkini Public Gold mengeluarkan desain-desain baru untuk keduanya. Boleh rujuk gambar diatas. =) Antara keduanya, masih ada persamaan dalam perkara berikut:

  • ketulenan emas masih sama iaitu 999.9 dan tiada SST dikenakan untuk keduanya.
  • keduanya  masih ada akreditasi LBMA sebagai tanda aras untuk ketulenannya dan diiktiraf antarabangsa
  • mudah untuk ditukar kepada tunai di Arrahnu Pos seluruh Malaysia mahupun mana-mana pengurup wang di negara luar asbab ada akreditasi LBMA tadi
  • mudah untuk disimpan di dalam wallet untuk grams emas yang kurang dari 10 grams sama ada bentuk jongkong atau dinar

Bagaimana untuk bermula dengan simpanan pertama samaada mahu jongkong emas atau dinar, ia terpulang kepada diri sendiri. Ada baiknya ia dibuat berdasarkan bajet semasa anda dan tetapkan matlamat mudah untuk satu-satunya dicapai. Cuba dulu hari ini simpan 5 grams emas dan rasai bagaimana vibrasi emas ini sangat baik untuk menjemput menggemukkan simpanan emas anda dengan lebih mudah. Jangan percaya cakap Mas, buat jer ok. =)

Selamat menabung emas demi kesihatan kewangan yang lebih baik.