Rata-rata kaum wanita memang menggemari emas dalam bentuk barang kemas. Jika sebelum ni Mas dah bagi contoh bagaimana untuk kira kos per gram emas yang di beli dalam hantaran sebelum ni. Hari ni Mas nak kongsi bagaimana untuk anda dapatkan lebih pengjimatan membeli barang kemas di platform PG Mall. Tapi sebelum mula, perkara pertama yang dibuat setelah login ke akaun PG Mall anda adalah:

Nampak dak KOTAK yang ada NOMBOR HIJAU tu? Klik situ k
  • Klik KOTAK untuk dapatkan berapa kupon/voucer tunai atau emas yang dimenangi pada hari itu
  • Goncangkan ikon “globe” yang ada dalam aplikasi PG Mall

Anda boleh buat sekarang, contoh Mas dah buat pagi tadi dan dapat tunai sebanyak RM0.50 dan kupon RM5. Takpe biar je ia masuk C-Wallet dan simpan kat REWARD, bila diperlukan nanti boleh digunakan KOD KUPON tersebut.

Berikut disenaraikan DISKAUN yang menanti anda,  semua faktor di bawah ini bakal menurunkan kos per gram emas 916 yang anda beli:[signinlocker]

  • DISKAUN SEDIA ADA (tengok harga yang di slash)
  • DISKAUN KOD KUPON (dari kotak diatas, jika ada)
  • DISKAUN C-WALLET (dari kotak dan globe)
  • JIMAT KOS PENGHANTARAN (jika minima beli RM100)
  • DISKAUN DARI INSENTIF REBAT TUNAI (setelah pembelian dilakukan)

Jom ambil contoh gelang emas desain coco yang menjadi trend masa kini kaum hawa ni. =) Mas highlightkan info penting untuk lebih jelas ya.

  • Ia adalah emas ketulenan 916
  • Berat 58.03 grams
  • Harga RM170 segram ( ini harga selepas DISKAUN)
  • Kos upah RM875
Perhatikan pada harga sebelum dan selepas diskaun. Untuk makluman, harga diatas adalah termasuk dengan kos upah tukang

Ok, harga sebenar gelang coco ini sebelum DISKAUN adalah RM12,660 dan selepas DISKAUN adalah RM10,740. Berapakah jumlah DISKAUN awal yang diberi PG Jewel untuk anda?

Harga asal – harga tawaran = DISKAUN DIBERI

DISKAUN #1: RM12,660 – RM10,740 = RM1,920 

Pada asasnya, anda dah JIMAT RM1,920 dengan diskaun diatas. Tapi itu jer ke yang pengjimatan yang anda dapat? Tidak sayang, ada banyak lagi. Jom kira lagi.

Sekarang harga tawarannya adalah RM10,740 atau boleh dikira juga secara begini:

(Harga segram x berat) + Kos upah : (RM170 x 58.03) + RM875 = RM10,740

Ok sekarang rasa cam konfemlah nak beli ni kan. Tekan jer ikon “add to cart” dan ia akan keluar seperti gegambar dibawah.


Jumlah amaun menjadi RM10,730 setelah kod kupon tadi diaktifkan

Teruskan proses pembelian ini dengan klik ikon “continue” di atas.

Justeru, selepas di masukkan voucher tunai yang terdapat dalam C-Wallet anda jika ada, jumlah amaun yang harus dibayar menjadi semakin berkurangan. Pada masa ini, hasil goncangan globe dan buka kotak setiap hari,  Mas berjaya mengumpulkan RM27.07 di dalam C-Wallet. Diskaun terakhir sebelum meneruskan pembelian gelang ini adalah KOS PENGHANTARAN yang sebanyak RM126 seperti tertera di bawah. Namun ianya PERCUMA berserta insurans untuk pembelian minima RM100. Dan untuk pembelian ini, ternyata ianya menepati syarat tersebut dan KOS PENGHANTARAN untuk anda hanyalah PERCUMA.

Jomlah tengok senarai jumlah DISKAUN & harga yang perlu dibayar anda.

Harga GELANG COCO 58.03 grams – DISKAUN (KUPON 2BKN9 & C WALLET)  : RM10,740 – RM10 -RM27.07 = RM10,702.93

Oh ya setelah pembelian anda selesai, jangan lupa akan insentif 0.5% yang di berikan PG Mall untuk semua pembeli di platform ini. dengan pembelian di atas, anda layak mendapat rebat tunai sebanyak: dan rebat ini akan di masukkan ke dalam akaun C-Wallet anda pada bulan berikutnya.

RM10,702.93 x 0.5% = RM53.51

Jadinya harga belian gelang coco ini sebenarnya hanya dalam RM10,649.42 Hmmm banyak betul JIMAT ni, meh kita kira JUMLAH JIMAT RM.

RM1,920 + RM10 + RM27.07 + RM126 + RM53.51 = RM2,136.58

Ater berapa pulak jadi kos per gram emas anda tadi? Jom kita puratakan harga emas per gram untuk belian di atas.

RM10,649.42 / 58.03 grams = RM183.51 per gram

 Nampak dak tadi PG Jewel pada asalnya menawarkan belian emas pada harga RM170 per gram dan setelah di buat belian dan di kira secara terperinci termasuk dengan kos upah dan diskaun diatas, harga se gram emas tadi hanya naik sehingga RM183.51  dan kadar keuntungan  PG Jewel ambil hanya dalam RM13.51 untuk satu gram. Ini adalah keuntungan nipis yang PG Jewel perlukan untuk cover balik kos pengurusan perniagaan mereka. Ia sangat rendah sebenarnya. Jika keuntungan yang dikenakan melebihi RM40 dan ke atas untuk setiap gram emas yang anda beli, ketahuilah bahawa ia bukanlah pembelian barang kemas yang bijak.

Membeli barang kemas boleh, cuma ketahui selok belok pengiraannya supaya anda tau dan membeli dengan penuh kesedaran. Terima kasih kerana membaca. Jika anda dapati info ini sangat membantu anda, Mas mohon untuk kongsikan info ini dengan menekan butang share di socmed anda untuk Mas capai target dalam MISI MENYEBARKAN KEBAIKAN SIMPANAN EMAS dengan Public Gold. Moga ada kebaikan untuk kita semua. Selamat membaca.   [/signinlocker]