Sedikit berita mengenai buku puisi ini

Alhamdulillah semoga kalian baik-baik saja dan lebih gembira hari ini. Maaf, agak lama dah tak berkongsi info emas di sini. Selalu ingat nak kongsi lebih banyak tips simpanan emas, namun kekangan masa Mas agak terbatas kebelakangan ini. Mas dalam proses menyiapkan naskhah buku yang pertama sebenarnya ni. Doakan ia dipermudahkan segalanya ya. =)
[signinlocker]
Justeru, di kesempatan ini Mas ingin berkongsi sedikit berita mengenai buku terbaru Mas ni. Buku ni sebenarnya buku puisi santai dengan kosa kata yang mudah untuk difahami ramai orang, insyaallah. Puisi-puisi adalah ilham kreatif dari Dia setelah Mas melalui fasa-fasa kehidupan yang lepas dan ia tercetus akibat daripada Mas melepaskan satu-satu isu dari dalam diri Mas. Subhan Allah, sesungguhnya ia bukan perkara yang indah bilamana berada di dalam situasi untuk bangkit kembali setelah berada di fasa kejatuhan seketika pada hujung tahun 2018. Lama Mas fikir, apa nak dibuat dengan hidup ini, lalu Mas kira ilham-ilham ini antara sumber kasih sayangNya untuk Mas dan apa salahnya Mas berkongsi ia dengan lebih ramai sahabat wanita seperti anda. Mas suka sekali untuk berkongsi semangat ini bersama kalian. Sementara di dalam proses kebangkitan itulah, Mas sediakan manuskrip puisi-puisi ini dan kesemuanya terdapat 65 buah puisi dengan 8 topik pilihan yang Mas ulas dengan lebih lanjut. 8 topik ini ada mesej yang sangat mendalam, jika kalian ada peluang untuk membacanya nanti, mohon baca dengan hati yang terbuka untuk menggarap mesej yang tersimpan di sebalik sebuah cerita tersebut. =)

Kadang terfikir juga kenapa Mas harus mula dengan puisi? Sejujurnya Mas tak pernah memberi perhatian pada puisi selama ini, apatah lagi untuk menggubahnya atau membacanya. Jarang sekali kecuali lama dulu dalam tingkatan empat dan lima, ada subjek puisi ini dalam kertas Bahasa Melayu. Haha kisah berpuluh tahun dulu. Namun, aturan Dia seringkali berbeza dari logika minda Mas sendiri.  Dalam proses belajar yang tak berkesudahan ini dari guru kehidupan, ada satu masa pada tahun lepas, Mas terbaca kata-kata yang berbunyi begini maksudnya, Mas olah dalam bentuk kata-kata Mas sendiri k.

“Puisi adalah bahasa tertinggi yang dianugerahkan Sang Pencipta dalam jiwa manusia”

Selepas Mas membaca kata-kata tersebut, Mas termenung panjang sebab kebelakangan ini, sememangnya diri Mas banyak di hujani puisi-puisi yang bukan rekaan akal fikiran Mas. Tapi ia hadir dari jiwa yang terdalam dan ilham ini hanya meluncur keluar dengan jayanya pada masa-masa tertentu, ada kalanya masa tengah berjalan, ada masa tengah malam sangat tak boleh nak lelap mata, ada kala selepas sebuah kesedaran berlaku dalam diri dan pelbagai waktu lagi yang sangat menakjubkan. Mas melihat perkara ini sebagai sesuatu yang sangat mendalam, Mas hanya wakil Dia untuk menyampaikan kata-kata ini kepada lebih ramai manusia. Pasti ada sebab diizinkan Dia untuk Mas lalui semua ini. Dan Mas melihat ia dari sudut pandang yang sangat berbeza, jika ini yang diberi Dia untuk aku, kenapa aku masih berkira-kira untuk menerimanya? Justeru, Mas menerima segala anugerah ini untuk dikongsi dengan lebih ramai orang lagi dalam bentuk buku.

“Raikan permata jiwaku dan jiwamu sahabat. Kita semua sama, hadir di sini demi sebuah perjuangan.”

PUISI ENERGI TERTINGGI

“Belajar untuk meraikan rasa yang hadir dalam jiwa dan bersyukur dengannya. Seterusnya perhalusi rasa yang  kau ingin rasai”

MESEJ: MENJIWAI VIBRASI SYURGA DIA

Emas

PUISI PERJUANGAN

“Setiap jiwa yang hadir di sini bersamanya ada sebuah perjuangan. Carilah ia dengan penuh sabar dan lemah lembut, ia ada dalam diri kita. Belajar untuk mendengar apa kata hatimu.”

MESEJ: MENCARI TUJUAN DIRI

Panjang pula Mas berkisah kali ni. =) Justeru, jika ada keterbukaan hati kalian untuk membaca naskhah pertama ini, Mas buka tempahan awal untuk buku ini. Ia masih dalam proses pengurusan terakhir penerbitan serta proses ISBN.  Ada pun gambar buku ini juga adalah mock up untuk Mas tampilkan kepada kalian. Kebarangkalian untuk berubah wajah buku ini juga ada nanti. =) Oh ya buku ini juga terbitnya dalam edisi yang sangat terhad buat masa ini.

Khas untuk yang menempah awal, buku ini ada tawaran tempahan awal dengan hanya RM49.90 bersama kos pengeposan secara PERCUMA. Jangkaan penghantaran buat masa ini dalam 2-3 minggu setelah percetakan buku ini siap.

[/signinlocker]