Mas seronok nak cerita ni, kisah minggu lepas. Ada beberapa orang yang menghubungi Mas untuk buat belian emas. Beli untuk top up akaun GAP sendiri atau emas untuk diri sendiri itu biasa tapi ada yang luar biasa juga, mereka membeli emas untuk dijadikan hadiah atau reward untuk ejens dana da yang buat hadiah harijadi cucunda tercinta, tak kurang yang buat belian untuk meraikan diri sendiri. Subhan Allah, ini adalah perkara paling mahal yang Mas boleh rasa bila ada Dia izinkan perkara ini berlaku. Kenapa mahal? Kerana yang memberi emas untuk orang lain sebenarnya anda adalah jiwa yang terpilih, jiwa yang sebenarnya dapat merasai keberlimpahan itu dalam diri anda samaada anda sedar atau pun tidak. Kenapa pula yang memberi untuk meraikan diri sendiri itu luar biasa? kerana dia sedar dengan apa yang dia lakukan, dengan niat sepenuhnya (self reward is the most powerful thing ever happen in human life and it invites miracles) bukan sekadar beli sambil lewa, cukuplah top up GAP banyak ni, buat sebagai rutin yang tidak di hadirkan sepenuhnya kesedaran dan niat. Bercakap pasal ni memang mengujakan Mas. =)

Justeru siapa kata simpan emas hanya untuk diri sendiri jer, ia juga boleh dijadikan sebagai HADIAH tau khas untuk anda yang memang ada bisnes menggunakan sistem ejen dan stokis atau boleh juga dijadikan hadiah korporate untuk staff yang dah lama berkhidmat dan ingin menghadiahkan sesuatu yang bermakna buat mereka atau ada nak raikan harijadi dan yang akan tiba nanti adalah sambutan aidilfitri nanti nak jadikan goldbar sebagai ganti hadiah duit, well apa salahnya kan! Atau apa saja yang nak dijadikan sebab, percayalah ia berbaloi kerana sebab berikut:

  • emas Public Gold dalam bentuk jongkong ini mempunyai ketulenan 999.9 iaitu ketulenan tertinggi
  • harga emas Public Gold adalah berdasarkan harga pasaran dunia yang jauh lebih rendah dari harga persatuan emas dan sebagainya
  • emas Public Gold mempunyai akreaditasi LBMA yang diiktiraf dunia justeru pergi mana pun ia tetap boleh digunakan untuk urusniaga dengan mudah
  • emas Public Gold sudah bertapak lebih 10 tahun di Malaysia dan berkolaborasi dengan banyak agensi kerajaan di sini justeru ia syarikat yang ada prestij dan nama baik. Yakin gitu!

Dari sudut spiritual pula, emas ini adalah simbolik kepada rasa abundance yang ada dalam diri yang memberi. Ia adalah percikan kekayaan Dia, Ya Mughni dimana emas adalah barang hiasan yang ada di syurgaNya. Justeru emas ini energinya sangatlah tinggi dan baik (mas tak tau tahap energinya sebab tak penah baca dengan alat) tapi sangat yakin bahawa emas ada membawa energi syurga Dia dengan sifat tenang dan damai. Bagaimana tu? =) Percayalah bila ia adalah sesuatu yang ada dalam syurgaNya, ia pasti sesuatu yang sangat tinggi nilainya. Justeru dalam memberi hadiah emas ni, bukan beratnya yang penting tapi nilai rasa yang dibawanya. Berat 0.5g ataupun sekilo, ia tetap membawa rasa yang sama, RASA KEBERLIMPAHAN. Rasa ini sangat diperlukan setiap jiwa kita sebenarnya dan inilah rasa yang boleh diberi melalui logam mulia ini.yang menerima pasti juga mendapat rasa yang sama.

Mungkin juga ada yang lebih suka beri hadiah emas dalam bentuk barang kemas dan ketulenan barang kemas ini adalah 916. Semua pun boleh, PG pun ada rangkaian barang kemas di bawah anak syarikat bernama PG Jewel dan boleh didapati melalui platform niaga atas talian PG Mall. Boleh klik imej di bawah untuk pendaftaran percuma. mas ada kongsikan banyak tips untuk belian PG Mall dan insentifnya serta pengiraan kos harga emas pergram untuk barang kemas yang sering diabaikan pembeli barang kemas. Justeru untuk membeli barang kemas sebagai hadiah atau sendiri punya, ada baiknya baca dulu tips nya ya agar belian yang dibuat itu berbaloi. Ya berurusan dengan emas yang perlu dipentingkan adalah ILMU EMASnya. =)

Anda tak perlu percaya dengan tulisan ini, hanya yang melaluinya dapat menikmati rasa itu sewajarnya. Atau boleh cuba hari ini juga, Mas sedia membantu. =)