Dikhabarkan harga emas bakal terus melonjak tinggi. Ini faktor-faktor yang boleh mendorong harga emas naik lebih tinggi:

1. Berita buruk yang pertama: Rusuhan telah melanda Amerika syarikat dimana protes besar-besaran berlaku apabila George Floyd mati ketika ditahan oleh polis Minneapolis. Beratus orang penunjuk perasaan telah ditahan di seluruh Amerika dan kebanyakan bandar-bandar besar US, rusuhan melanda.

2. Situasi rusuhan ini diburukkan lagi (berita buruk kedua) dengan wabak covid19 yang sedang melanda US dan telah mengorbankan 100 ribu nyawa.

3. Situasi ini diburukkan lagi (berita buruk ketiga) dengan kadar pengangguran yang meningkat dengan mendadak iaitu 14.7% pada bula April dan dijangka mencecah 20%

4. Hubungan diantara US dan China juga menegang (berita buruk 4) akibat perang perdagangan dan penarikan balik status istimewa Hong Kong oleh Donald Trump kerana menyifatkan Hong Kong telah kehilangan status autonomi dan dikawal oleh China

5. Dengan kata lain, US menghadapi situasi kacau bilau + wabak penyakit dan pengangguran yang meningkat + ketegangan hubungan luar serentak!

Ini adalah satu situasi yang saya tak dapat bayangkan, tetapi telah berlaku sekarang. Rangkaian berita buruk yang berlaku sekali gus.

Dalam situasi serba buruk ini. bisnes akan jatuh, pasaran saham akan jatuh dan aset selamat seperti emas dan perak akan naik dengan tinggi.

Saya jangkakan faktor-faktor ini mampu menggerakkan harga emas dengan lebih tinggi dalam jangka masa panjang.

Pelan tindakan.

Beli emas untuk jangka masa panjang. Jika ada duit, tambahkan gram.

We are riding the gold bull run right now 🙂

Nota: justeru saya cadangkan sahabat yang memang ada niat nak simpan emas, mohon berbuat demikian segera. Sebab harga emas bukan kawalan kita. Tapi kita boleh buat keputusan lebih baik dengan tunai tersebut. Tak tukar hari ini kita mungkin memerlukan lebih banyak tunai di masa depan untuk simpan emas. Itulah tanda aras kemerosotan tunai yang seiring dengan waktu.

Jemput follow saya di channel telegram Masliana Ibrahim untuk lebih tips kewangan dan emas. =)