Benarkah antara satu teknik mudah gandakan tunai sekarang ini adalah dengan SIMPANAN EMAS? Jawapan ya. Tunai boleh digandakan dalam bentuk tukaran kepada logam emas untuk JAMINAN NILAI lebih baik. Ia juga boleh elak INFLASI, satu susut nilai duit yang memang seiring dengan tunai.

Cuma sisi pandang terhadap emas perlu ditukar kita. Emas beli 3 tahun lepas ia tetap emas seketul pada hari ini. ia tak berubah dari segi gram. Ia tetap emas yang sama.

Tapi nilainya berubah seiring dengan dengan kejatuhan nilai tunai. Contoh mudah 100 grams emas pada 15 September 2017 berharga RM19,253 termasuk caj premium.

Harga 100 grams untuk emas yang sama hari ini 26.4.2020 Public Gold adalah RM25, 591 plus RM70 caj premium menjadikan jumlahnya RM25,661. Lihat rajah di bawah untuk harga semasa.

Ini bermakna untuk belian 3 tahun lepas, seketul emas 100 grams ini telah berjaya menjadikan NILAI TUNAI nya setara RM25,661 dengan kadar keuntungan RM6,408 dalam tempoh 3 tahun pada hari ini.

Lebih mudah lagi kenaikan nilai tunai untuk 1 gram emas adalah dalam sekitar RM67 segram (RM259 – RM192). Banyak tu.

Bermakna bila kita tukar tunai kepada emas, kita dah LOCK nilai tunai (harga) hari ini ke dalam bentuk EMAS.

Ini cuma satu contoh dari banyak contoh yang dah buat belian emas akhir tahun lepas tapi tahun ini nilai melonjak menjadikan belian tersebut sanga berbaloi. Biasanya jangka masa simpanan dalam sekitar 5 tahun. Realiti hari ini, dalam masa 3 tahun dah beri untung.

Menyimpan tunai dalam bentuk tunai tidak memberi jaminan yang setinggi emas. Lebih-lebih lagi dengan kadar inflasi yang memang seiring dengan nilai tunai.

Duit RM1 hari ini tidak lagi boleh membeli 3 ketul kueh di kedai. Malah ia mungkin hanya 1 ketul kueh untuk RM1. Keadaan ini menjelaskan kadar inflasi tunai. Ia bukan bermakna kuih sekarang yang dah naik harga. Bukan. Tapi ia bermakna NILAI DUIT yang semakin merosot.

Berbeza dengan emas yang sifatnya KALIS INFLASI. Contoh paling mudah untuk kalis inflasi adalah harga 1 ekor kambing pada zaman Rasulullah adalah 1 dinar. Selepas 1400 tahun pun, hari ini harga 1 ekor kambing masih lagi 1 dinar.

Ya jika anda ada 1 dinar dan cuba cari penjual kambing dan tanyakan dia adakah dia menerima dinar emas dalam transaksi belian kambingnya.

Dan jika anda mahu membeli 1 ekor kambing hari ini dengan tunai ia berharga RM1,100 kerana 1 dinar emas PG hari ini berharga sekitar RM1,100.

Kalau nak dibandingkan 1 dinar 3 tahun lepas berharga sekitar RM700++ saja. Yang berubah itu nilai tunai, yang kekal itu dinar emas. =)

Justeru simpanan terbaik untuk JAMINAN/SELAMAT NILAI tunai kita hari ini ada pada EMAS.

Salam Ramadhan dari saya. Ikuti lebih perkongsian tips simpanan emas di channel telegram Masliana Ibrahim.