Sedarkah kita bahawa simpanan emas ini sangat bagus? Logam mulia ini ternyata memberi 2 jenis keselamatan secara terus kepada para penyimpannya.

  • Keselamatan fizikal
  • Keselamatan nilai

Keselamatan Fizikal

Ia adalah sejenis jaminan dalam bentuk fizikal iaitu apa pun terjadi emas itu tetaplah emas. Biarpun emas ini mungkin

  • rosak/patah/calar/kemek
  • ditukar ke bentuk lain
  • terbakar/hangus

Ia tetap emas. Ditukar menjadi perhiasan samada dalam bentuk cincin atau rantai, ia dipanggil cincin emas atau rantai emas.

Dipatah dua atau putus, ia juga dipanggil emas.

Adapun ia dibakar jika bukan pada suhu tertentu, ia tetap teguh tanpa merosakkan nama sebenarnya. Ia emas. Ada satu kes seorang penyimpan emas yang rumahnya terbakar. Selepas habis kebakaran, dia masih menemukan emasnya kembali. Lebih menariknya, semua barang lain hangus tetapi tidak emas.

Keselamatan Nilai

Manakala keselamatan nilai juga turut dibawa emas. Emas ada jaminan nilai bersamanya. Ia ada intrinsik value iaitu ada nilai 1-9 dan tak mungkin menjadi 0. Tak kira apa jua keadaan, emas kekal terjamin.

Jaminan nilai ini juga turut dimuatkan dalam firman Allah dalam Surah Attaubah ayat 34.

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli agama (Yahudi an Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya di jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

Di dalam ayat di atas, jelas menunjukkan ancaman Allah kepada penyimpan emas dan perak yang enggan membayar zakat, dikenakan azab yang pedih.

Ayat ini dikatakan memberi erti bahawa emas adalah simpanan sebenar manusia kerana apabila cukup haul, ia wajib dizakatkan.

Apabila satu simpanan itu dikatakan simpanan yang sebenar, apakah mungkin emas ini logam yang tidak berharga? Pasti tidakkan.

Apabila nilai emas dilihat semakin tinggi seperti sekarang ini, harga emas hari ini RM264 segram. Sebenarnya inilah senario yang berlaku. Hubungan antara emas dan duit kertas adalah dua hala.

Jika duit kertas mengukuh, harga emas dilihat seperti jatuh. Jika duit kertas merosot, harga emas dilihat seperti lebih tinggi.

20 tahun lepas, harga segram emas hanyalah sekitar RM30. Hari ini kita sebenarnya memerlukan lebih banyak duit kertas untuk membeli atau menukar kepada emas. ia adalah kerana nilai duit kertas merosot akibat inflasi. Ini juga menyebabkan kuasa beli menjadi semakin kecil dengan duit kertas.

Emas 1g tetaplah emas 1g yang sama hari ini atau 20 tahun lepas. Tapi yang berbeza adalah kepingan tunai yang diperlukan untuk ditukar kepada emas.