Edisi Raya 2020 Memang Rare

Haa inilah desain dan koleksi yang dinantikan ramai pengumpul emas bar 1 gram Public Gold, setiap tahun pasti ada desain yang comel dan menarik untuk mereka. Set ini sudah pun dilancarkan pratempahnya minggu lepas sempena CNy barangkali. =) dan hari ini saya dimaklumkan sudah habis di booked pembeli sebanyak 10,000 units pada pratempah bacth pertama.

Apa yang menariknya edisi Raya kali ini adalah, ia mungkin mempunyai 3 warna yang berbeza, Menurut mahaguru SH, batch pertama set ini berwarna HIJAU, batch kedua mungkin berwarna BIRU dan seterusnya batch ketiga mungkin berwarna lain pula. Haaa pertama kali Public Gold mengadakan edisi Raya 3 warna berbeza, justeru anda yang pengumpul tegar bar emas 1 grams, ini antara koleksi wajib ada dalam simpanan anda.

1 set edisi RAYA 2020 ada 10 units bar emas dengan harga RM240 sekeping dan jumlah untuk satu set adalah RM2,400. namun baru-baru ini, pihak Public Gold juga memberi kelonggaran lagi untuk membuat pratempah pada skala set yang lebih kecil iaitu 1 set ada 5 keping sahaja dengan harga yang sama dan jumlah set berharga RM1,200.

Ada lagi berita baik, saya juga membuka slot-slot kecil seperti 1 gram pun boleh di tempah menggunakan slot saya dan alhamdulillah slot ini juga telah ditutup dengan jayanya. Tahniah untuk anda yang menyertai dan sesama kita nantikan stok ini tiba k. =)

Saya suka menyimpan bar emas sebegini sebagai satu usaha membayar diri sendiri kerana atas usaha yang diri sudah buat selama ini. Jika kita yang tak menghargai diri kita sendiri, siapa lagi?

Bar emas 1 gram Public Gold mempunyai ketulenan terbaik 999.9, ada akreditasi LBMA di mana ia diterima di mana jua negara dan ia mudah untuk dicairkan berbanding dengan aset lain.

Simpanlah emas, nilai dan jaminan kesenangannya bukan saya yang beri tapi Allah Yang Maha Kaya di dalam surah Ali Imran ayat 14 yang berbunyi’ “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan terhadap apa-apa yang diingini iaiatu wanita-wanita, anak-anak dan harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidp di dunia dan di sini Allah lah tempat kembali yang baik (iaitu syurga)”

Justeru siapa yang nak koleksi edisi Raya 2020 batch kedua nanti, boleh stand by sesiap k.

Salam kasih sayang, Masliana, jiwa yang mencintai emas sepenuhnya. =)