Edisi Lunar Terbaru 2020

Buat peminat edisi Lunar, ini mungkin menjadi tungguan ramai. Ya untuk tahun 2020 istimewa desain kali ini dibawakan Public Gold untuk koleksi bar emas 1 gram hanya dengan harga di atas. Namun kini sudah masuk batch ke2 rasanya dan harga menjadi RM1,055 untuk 5 grams di atas. Ia masih dikira rendah sebenarnya kerana dengan pembelian set ini, caj premium RM10 sekeping telah dimansuhkan, dan jika 5 grams bermakna anda sudah jimat RM50. Haaa banyak kan!

Namun usah risau jika anda masih mahu dan mahunya mungkin 1-2 grams sahaja, Mas masih ada slot yang kosong untuk tempahan bar ini. WA terus nanti ya. Ada yang tertanya-tanya apa bestnya kumpul emas bar 1 gram ni? Sebenarnya Mas suka nak maklumkan bahawa ia bagus untuk jadikan tatamula anda menyimpan emas. Ya lah kalau nak mula dengan bajet yang banyak, pun boleh juga kan. Cuma sekeping 1 gram bar emas ini bersamaan dengan RM211 sahaja di mana jika ia disimpan dalam bentuk tunai, kebarangkalian untuk keluar semula adalah tinggi. Jika wang yang sama ditukar ke dalam bentuk emas, kebarangkalian untuk kekal dalam simpanan anda adalah lebih tinggi kerana hati merasakan emas ini sangat bernilai dan sayang untuk digunakan sebarangan. Justeru tukarlah nilai tunai anda yang setara dengan bajet semasa anda ke dalam bentuk yang lebih selamat iaitu emas. =)