“Mas, camana awak proceed untuk buat buku tu? Saya dah ada manuskrip, tapi stuck untuk move ke next steps.”

Biasa saya dapat soalan camni bila bertemu dengan orang-orang terdekat dan rakan lama. dan kebiasaanya saya memang tak sempat nak cerita panjang sebab jumpanya sekejap saja. Mereka pula orang-orang yang pada hemah saya, mempunyai ilmu dan kepakaran tersendiri dalam bidang masing-masing. Sayang juga pengalaman yang sedikit ini jika tak dikongsikan dengan lebih ramai orang, mana tau ada yang lain juga sedang memerlukan.

Langkahnya agak mudah sebenarnya jika anda tau apa yang perlu dilakukan dan saya pasti ia boleh dibuat sesiapa saja.

Buku pertama saya terbit atas tujuan tertentu, dibuat dengan cetakan yang sedikit namun masa yang diambil boleh tahan juga untuk mencipta itu dan ini. Kerana saya hanya buat buat dan buat tanpa panduan secara terperinci. dan dengan proses cuba dan adjust yang saya aplikasikan dalam proses tersebut agak mengambil masa yang saya kira jika dipandu dengan sedikit maklumat, ia boleh menjimatkan masa. Justeru ebuku ini bukanlah dihasilkan untuk mengajar anda, malah ia lebih kepada perkongsian peribadi berdasarkan pengalaman sendiri saja. Saya bukukan dalam versi ebuku untuk lebih mudah dan praktikal, boleh rujuk dengan lebih pantas, berbanding dengan potpet potpet di mulut. haha

Terima kasih kepada mereka yang pernah mengajukan soalan diatas, kerana asbab itulah menjadikan saya gigih menghasilkan ebuku ini. Semoga ia dapat dimanfaatkan lebih ramai rakan lain.

Anda boleh dapatkan di platform PG Mall lepas ni ya. =) Hanya RM29.90 senaskhah dalam bentuk pdf. Daftar akaun percuma anda juga di sini

https://pgmall.my/register?referralPgCode=PG00109522

Atau anda boleh terus emel kepada masdaffodil@icloud.com untuk tempahan ebuku ini.