Pejam celik pejam celik, tub-tub dah nak masuk bulan kedua dalam tahun 2019. Justeru di hari-hari terakhir januari ni,. Mas suka nak ingatkan sahabat sekalian untuk meraikan diri anda untuk apa jua status kerjaya anda sekarang;

  • bekerja kerajaan atau swasta
  • bekerja sendiri/berniaga atau usahawan
  • surirumah
  • pelajar
  • dan apa saja, you name it ok.

Ini masa kita sudah dapatkan gaji atau imbalan dari pekerjaan kita sejak awal bulan. Atau jika anda seorang pelajar, ada pendapatan dari perniagaan atas talian atau apa sahaja yang anda usahakan secara separuh masa. Mari kita telusi sama-sama perkara ini:

[signinlocker] Bayangkan penat lelah anda mengusahakan sesuatu pekerjaan tersebut, bangun awal pagi, selepas solat subuh dah terpaksa keluar dari rumah menuju ke tempat kerja, dan bila dah petang baru pulang bertemu pasangan dan anak-anak di rumah.

Atau anda seorang usahawan dan berniaga, banyak masa di buat untuk menjalankan strategi pemasaran, jualan atau apa saja kaedah yang anda usahakan saban hari, untuk meningkatkan keuntungan perniagaan anda dan seterusnya membawa ia ke tahap yang lebih baik. Anda berusaha sesungguhnya dengan hati yang tulus.

Hari ini, anda dapat gaji dari segala usaha anda di atas. Alhamdulillah ada rezeki untuk yang berusaha. Pause seketika, renungkan siapakah yang anda sedang gembirakan pertama-pertamanya setelah anda memperolehi gaji tersebut. Adakah ia TNB? Syarikat air di lokasi anda? Para bankers yang memberi segala pinjaman kenderaan rumah dan sebagainya? atau pasaraya-pasaraya untuk segala keperluan groceries rumah anda?

Renung lagi siapakah yang bertungkus lumus berusaha selama ini? Ia adalah DIRI ANDA. Ya DIRI ANDA. Justeru, apakah ia tidak layak untuk mendapat yang terbaik dari setiap hasil usaha anda? Tentulah TERSANGAT LAYAK. Lalu, sudahkah anda fikirkan apakah yang diri anda mahukan saat ini. Apa yang terlintas dalam hatimu detik ini.

Contohnya semalam ada ternampak post di facebook untuk 1 keping gold bar 0.5 grams ucapan terima kasih. Hati terdetik, aku mahu gold bar tu tanda kasih sayang aku buat diriku yang selama ini begitu setia denganku. Sentiasa ada dalam mengharungi suka duka dan segala cabaran yang telah aku berjaya lalui, apalah sangat hadiahkan diri sendiri RM150 dengan 0.5 grams TERIMA KASIH tersebut. atau anda dah lama teringin nak beli buku untuk bacaan santai hujung minggu atau sebelum tidur. Belikan ajer untuk dirimu dengan penuh kesedaran. Ingat tau beli dengan penuh kesedaran dan niat yang jelas itu berbeza dengan beli sekadar sebab rasa nak beli. (ini dah biasa buat sebelum ni).

antara simbolik terima kasih buat diri, 0.5 grams untuk dirimu yang begitu berharga.

Ini kali anda renung dan belikan apa sahaja yang diri anda perlu dengan penuh sedar untuk meraikan diri sendiri. Anda boleh mula dengan bajet yang bersesuaian dengan kewangan anda dan selebihnya itu barulah di selesaikan segala urusan bayaran komitmen anda. Bila anda mula mengutamakan keperluan diri setulusnya, ia akan meningkatkan satu rasa yang luar biasa dari dalam diri, mungkin rasa lebih dicintai diri selayaknya atau apa saja yang baik-baik, pasti akan muncul. Insyaallah. Jadikan keperluan diri anda dan melayan keperluan itu dengan penuh sedar dan niat yang jelas tadi sebagai tanda aras, anda menyayangi diri ditahap yang tertinggi.

Dan lihatlah keterbukaan perkara-perkara kebaikan yang lebih banyak nantinya menjelma. Eh ada yang nak mula simpan emas hari ni? Maklumkan Mas k di sini: https://www.whatsapp.com/60196070105

[/signinlocker]