Kos pendidikan di institusi Malaysia mahupun serata dunia tak pernah rendah dan murah. Kita memerlukan sekitar anggaran RM30k – RM50k untuk ke universiti tempatan.

Kenapa pentingnya ibubapa menyediakan dana pendidikan anak di masa depan? Jemput baca di sini ya: Ebook Dana Pendidikan Si Manja

Jom kita tengok cara untuk sediakan dana ini melalui KAEDAH SIMPANAN EMAS.

CARA SIMPAN 100 GRAM – UNTUK SEORANG ANAK

Jika saya boleh cadangkan, anda boleh mengumpul emas serendah 1 gram setiap bulan bermula dari bulan kelahiran anak anda sehingga umurnya masuk 18 tahun. Kiraannya sangat mudah :

  • 1 gram X 12 bulan = 12 gram setahun (kumpul gram dalam Akaun EmasGAP Junior)
  • Hari jadi hadiahkan 1 Dinar Emas: 4.25 gram
  • Duit Raya/Angpow: 3 ke 4 gram (kumpul gram dalam Akaun Emas GAP Junior)

Anggaran kasar dalam setahun dapat simpan 20 gram. Jika konsisten selama 5 tahun, maka sasaran simpan 100 gram tercapai.

Dan saya tetap percaya, 100 gram pada 17 tahun akan datang tetap akan mewakili nilai kos pendidikan tinggi pada masa itu secara anggaran purata. InysAllah ia cukup.

APA ANDA PERLU BUAT?

Anda boleh memilih beberapa cara yang saya akan cadangkan di bawah ini:

  1. Jika mampu beli tunai 100 gram pada hari ini, maka mulakan sekarang untuk memiliki sejumlah 100 gram pada hari ini dengan belian tunai.
  2. Pilihan kedua, anda boleh bayar secara ansuran dalam tempoh 4 atau 10 bulan.
  3. Alternatif lain adalah beli emas cara GAP Public Gold juga cara terbaik. Ia kaedah belian mengikut gram dengan pilihan istimewa. Anda tidak pening kepala untuk menyimpan emas itu kerana Public Gold akan menyimpannya tanpa upah.

Melalui GAP juga anda boleh membuka akaun bersama untuk anak-anak di bawah umur 18 tahun.

Untuk tahu apa itu GAP, boleh klik link ini: Apa itu GAP

Untuk membeli melalui GAP klik link ini: Cara membuka GAP Account 

Atau anda beli 20 gram EPP10. Rujuk jadual dibawah ini:

Habis bayar, dapat emas 20 gram. Ulang lagi untuk tambahan grams seterusnya. Mudahkan. Apa pun alternatifnya, anda boleh memilih kaedah yang sesuai dengan keupayaan bajet semasa anda.

Jemput follow lebih banyak tips emas di Telegram Channel saya, Masliana Ibrahim.