#1: Ini adalah cara mudah untuk mula buka akaun GAP dewasa atau pun Junior.

Masukkan / transfer duit ke akaun PG mengikut harga per gram di www.publicgold.com.my. Kalau harga 1 gram hari ini RM261, maka masukkan duit genap-genap RM261.

Kalau nak beli 2 gram, masukkan terus RM522 (RM261 x 2 gram). Boleh juga buat belian minimum RM100. Tetapi saya syorkan lebih baik genapkan mengikut gram. Mudah nak ingat.

Harga GAP dikemaskini sekali sehari pada setiap jam 12.00 malam.

Masukkan / transfer duit ke mana-mana akaun atas nama “PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD” seperti berikut:

  • 5571 3923 8048 (Maybank)
  • 5071 3410 4563 (Maybank)
  • 3167 52 0833 (Public Bank)

#2 – Wassap Maklumat Pembelian

Wassap maklumat ke 019-6070105 . Ikut format yang saya tunjuk ni. Ikut contoh format ni. Attachkan sekali slip bayaran supaya Public Gold dapat sahkan pembayaran. Pembayaran guna online banking paling baik.

Alternatif lain adalah, emailkan slip bayaran ke gap@publicgold.com.my bersama dengan maklumat pembelian.

Kalau anda nak letak saya sebagai introducer, cc kan email tu kepada masdaffodil@icloud.com supaya senang saya bantu kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold nanti.

Kalau anda baru pertama kali beli emas Public Gold, pastikan letak nama saya sebagai introducer kalau mahukan bimbingan peribadi daripada saya. Saya sedia membantu dengan gembira untuk simpanan emas anda bersama Public Gold.

Penting letak introducer supaya dealer boleh bantu permudahkan urusan (secara percuma) yang perlu follow-up dengan Public Gold.

Untuk letak nama saya sebagai INTRODUCER, kod saya PG00109522, Masliana Binti Ibrahim. Lepas pembelian, boleh wassap kepada saya +60196070105 sebagai makluman.

Saya akan berikan PANDUAN menjana keuntungan maksimum sebagai penyimpan emas Public Gold. Ada pdf panduan menyimpan dengan konsisten.

#3 – Semak GAP Statement

  • PG akan emailkan “username” dan “temporary password” untuk login website. GAP Statement boleh disemak dalam masa 2 HARI BEKERJA di web www.publicgold.com.my.
  • Kalau tak terima juga email tu lepas semak dalam SPAMBOX, bagi tahu saya untuk saya follow up dengan PG.

Ini contoh GAP Web Statement yang boleh disemak di website Public Gold. Lepas belian, Public Gold akan berikan Username. Lepas dapat username, gunakan no. IC 12 digit sebagai Password.

Kalau nak reset password, pergi ke website Public Gold > Login > Forgot Password.

Cara Top Up Emas

  1. Melalui website Public Gold, klik Panduan Belian Emas di Website PG
  2. Download apps Public Gold GAP, panduan di bawah ya.

 

88960877_941801889567369_6926763997601464320_n
Cara guna aplikasi GAP
Cara guna aplikasi GAP-1
Cara guna aplikasi GAP-2
Cara guna aplikasi GAP-8
Cara guna aplikasi GAP-4
Cara guna aplikasi GAP-6
Cara guna aplikasi GAP-7

Previous
Next

#4 – Pengeluaran Emas Fizikal

Emas tu boleh disimpan dengan Public Gold sampai bila-bila masa tanpa sebarang caj (ianya percuma). Kalau nak simpan sendiri, boleh keluarkan emas fizikal pada bila-bila masa.

Untuk keluarkan emas fizikal, begini prosedurnya:

  • Hubungi staff Public Gold di cawangan berhampiran.
  • Maklumkan PG code anda dan hasrat nak buat pengeluaran emas fizikal dari akaun GAP misalnya 10 gram.
  • Kemudian staff Public Gold akan maklumkan bayaran premium caj dan masa pengambilan emas.

Premium Caj Public Gold
Premium Caj Public Gold. Ini senarai caj premium atas setiap keping emas fizikal yang dikeluarkan. Cajnya mengikut setiap item yang dikeluarkan, bukan mengikut gram. Dulu, caj premium ini dinamakan “Transportation Cost”. Ia kos penghantaran ke cawangan terdekat dengan kita untuk setiap keping emas / silver yang kita beli.

Berdasarkan caj dalam jadual di atas, kalau keluarkan gold bar 1 gram sebanyak 10 keping, maka cajnya RM10 x 10 keping = RM100.

Kalau keluarkan gold bar 10 gram sekeping, maka cajnya cuma RM15 x 1 keping = RM15. Lagi berat saiz emas yang dipilih, caj premium lebih murah.

Boleh pilih sebarang produk emas seperti berikut:

  • produk LBMA samada dalam bentuk jongkong emas atau syiling emas (dinar)
  • non LBMA seperti Bunga Mas/Taifook seperti gambar di atas.

 

Asalkan cukup baki gram yang ada dalam akaun GAP tu. Tapi sebelum datang, pastikan call dulu office Public Gold untuk mereka simpankan stok yang kita mahu.

Boleh juga keluarkan dalam bentuk dinar; 1/2 dinar, 1 dinar, 5 dinar, dan 10 dinar. 1 dinar beratnya 4.25 gram.

Boleh juga pilih pelbagai design gold bar 1 gram. Public Gold sentiasa keluarkan design yang baru dari semasa ke semasa. Untuk lihat design terkini emas Public Gold, KLIK DI SINI.

Itulah secara ringkas beli emas melalui GAP. Kalau ada sebagai persoalan lanjut, boleh contact saya 019-6070105 (via wassap). InsyaAllah saya boleh bimbing.

Jemput follow lebih banyak tips emas di Telegram Channel saya, Masliana Ibrahim.