Cara Mudah Beli Alat Tulis di PG Mall

Lama tak berkongsi di sini. Sempena musim cuti sekolah ni, pasti ramai ibubapa yang sedang mencari set alat tulis untuk kegunaan anak-anak nanti. Mas beberapa hari lepas telah membuat belian untuk set pensil warna Colleen ni atas 3 sebab:

  1. Ada 72 warna kesemuanya di dalam set ini, dah lama mencari set pencil warna yang banyak. =)
  2. Harganya di PG Mall adalah paling rendah berbanding di platform lain, anda boleh cek sendiri k. harga di PG Mall hanya RM49.90 saja tambah kos pos RM4. Best, sebab mas tak payah keluarkan duit pun untuk tujuan ini, hanya guna C Wallet yang sedia ada.
  3. Beli untuk hadiah diri sendiri, ya Mas suka mewarna, sesekali layan terapi mewarna bagus juga.

Alang-alang membeli di sini, Mas kongsikan sekali panduan mudah untuk rakan yang pertama kali buat belian atas talian k. PG Mall ni memang best sebab bila kita beli di sini, nanti ada rebat tunai dan masuk C Wallet. Oklah apa pun boleh cuba langkah di bawah ya =). Ini sekadar contoh mudah jer jika anda mahu beli barang kemas pun boleh di sini, insyaallah terjamin dan selamat.

1️⃣ Daftar akaun PERCUMA di sini 👉 http://bit.ly/2rkwU5J 👈
2️⃣ Lepas daftar, mohon verify emel anda
3️⃣ Muat turun aplikasi PG MALL di telefon pintar anda
4️⃣ Shake the world untuk dapatkan RM3

Cara buat BELIAN

Login balik akaun anda tadi dengan masukkan nama atau emel dan isikan password dan buat carian untuk barang yang anda mahukan. Contoh kali ni Mas buat set mewarna Colleen. Justeru masukkan perkataan COLLEEN dalam ruangan carian atau search. Lihat gambar di bawah untuk lebih jelas dan rujuk anak panah biru.

Selepas itu, ia akan keluar semua produk Colleen yang ada di sini. Lihat bawah. Buat pilihan produk mana yang mahu, Mas pilih set mewarna 72 dan klik pada gambar tersebut.

Ia akan keluar gambar di bawah ni dan klik add to cart seperti yang ditunjukkan anak panah.

Jika anda mahu beli ini saja dan boleh terus klik checkout untuk proses pembayaran.

Pastikan anda edit alamat penghantaran dan nama anda. Jika ada kupon, sila masukkan kod kupon di ruang anak panah KUPON. Jika ada duit di dalam C Wallet walaupun RM3 (yang anda dapatkan dari shake the world tadi) sila klik butang kecil C Wallet untuk ditolakkan dari amaun yang anda perlu bayar. Lihat gambar seterusnya, baki yang perlu di bayar hanyalah RM53.

Anda boleh pilih untuk membayar baki RM53 tadi dengan beberapa kaedah bayaran atas talian seperti FPX, Kad Kredit/Debit, GrabPay, Boost atau ipay88. Setelah membuat pilihan, anda boleh terus klik place order.

Setelah itu, sistem akan membawa anda ke menu pilhan yang telah anda pilih tadi dan Mas telah pilih FPX. Untuk kaedah ini, sistem bawa ke platform online banking, pilih bank anda, masukkan username dan password seperti biasa. Setelah selesai bayaran, sila kembalikan kepada transaksi PG Mall. Dan anda akan terima mini mesej bahawa transaksi belian anda sudah berjaya.

Anda boleh cek kembali details tempahan anda di ruangan order di akaun PG Mall. Tunggu barang anda tiba di depan rumah oleh DHL denganpenuh gembira. Selamat mencuba!