Tips ringkas untuk wanita berkerjaya

Bangun pagi happy tapi bila ingat nak kena harungi rutin harian tu terus rasa off mood. Tapi hidup perlu diteruskan jua. Nak tak nak terpaksa hadapi juga.

Biasa camni?

Rutin harian adalah satu perkara yang biasa kita buat. Betul betul?

Contohnya solat di awal waktu, sediakan sarapan sebelum pergi kerja, uruskan anak ke sekolah, siapkan makan malam seisi keluarga selepas waktu kerja, pergi kerja di awal pagi dan pulang sebelah petang, menghadapi kesesakan lalulintas setiap hari demi sebuah kelangsungan hidup dan sebagainya.

Nak buat morning aktiviti seperti briskwalking kat taman cam orang lain memang tak sempatlah kan. Kena tunggu hari minggu.

Its ok sebab saya akan kongsikan cara untuk anda tambah nilai kepada rutin harian anda di bawah ini.

Setakat ini ia berkesan untuk saya walau situasi kita mungkin tak sama. =)

Tips di bawah boleh membantu supaya anda juga dapat menikmati hidup dengan gembira di saat menjalani kehidupan yang biasa.

Apa yang saya maksudkan dengan biasa di sini adalah rutin anda untuk bekerja setiap hari itu dengan semua perkara yan tersenarai di atas.

Usah dilihat sebagai sesuatu perkara yang membebankan.

Jom kita sama-sama jadikan ia satu aktiviti yang mengujakan kita. =)

Tipsnya adalah cipta sebanyak mungkin pusat kasih sayang.

Haa apakah ia pusat kasih sayang ni?

Ok ia bermaksud apa jua lokasi/tempat/kenderaan/ruang yang kita sentiasa kunjungi dan gunakan setiap hari dan isinya adalah KASIH SAYANG sahaja.

Identify this things. Contoh dalam konteks wanita berkerjaya ia bermula dari kita keluar rumah.

  • kenderaan yang kita guna untuk sampai ke tempat kerja
  • tempat parking kereta
  • ruang kerja peribadi/bilik kerja sendiri
  • ruang urusan yang sering di buat seperti bilik orang atasan
  • ruang perjumpaan seperti meeting room atau dapur kecil

Bagaimana kita mahu bina pusat kasih sayang di setiap lokasi tersebut.

Buat relisting dan pilih 2-3 pusat yang anda spend masa yang sangat lama di situ setiap hari. Ia mungkin seperti di bawah ok.

  • kenderaan yang kita guna untuk sampai ke tempat kerja
  • tempat parking kereta
  • ruang kerja peribadi

Ok dah dapat lokasinya jom kita buat apa yang diperlukan dengan riang ria ok.

Sila pastikan lokasi ini harmoni dengan perkara berikut:

  • Kebersihan
  • Keselesaan
  • Bau bauan yang menyenangkan
  • Perhiasan jika mahu like aksesori untuk mata anda
  • Sempadan yang anda tetapkan
  • Input yang memberi motivasi
  • Rasa selamat dan kasih sayang

KEBERSIHAN

Ini adalah faktor penting kerana tanpanya diri kita akan rasa tak happy. Yalah bayang pagi pagi terpaksa naik kereta comot ke tempat kerja, anak tertumpah kuaci di seat belakang.

Usah biarkan ini terjadi. Kemaskan sesegera yang boleh dan pastikan keadaan kembali bersih. Bila bersih, hati lebih tenang dan damai.

Anda bakal ke lokasi menjemput sumber rezeki iaitu tempat kerja. Jadi ia penting untuk anda pastikan diri anda sedia dan bebas dari sebarang gangguan kecil seperti ini.

Jika anda perlukan bantuan, segera dapatkan bantuan dari pasangan untuk ke kedai vacuum untuk bersihkan kereta.

Yang penting ia bersih.

Begitu juga dengan ruang kerja anda. Jaga kebersihan sebaiknya. Sediakan tong sampah kecil untuk mudahkan suasana menjadi bersih.

KESELESAAN

Pastikan pusat kasih sayang ini dibina untuk keselesaan diri yang paling tinggi ok.

Contoh jika anda perlukan alas untuk seat di dalam kereta atau di meja kerja, sila dapatkan yang terbaik untuknya.

Diri anda sangat bernilai, usah di abaikan keperluan kecil seperti ini ok.

Tipsnya adalah hati yang terpenuhi akan memberi yang terbaik untuk diri dan orang lain. Justeru ini penting untuk anda jika mahu memberi yang terbaik kepada usaha bekerja nanti.

Perhatikan adakah kerusi kerja anda selesa untuk postur badan yang sempurna. Haa ini juga perlu (contoh yang saya fikirkan saja ni anda boleh tambah yang lain juga)

BAU-BAUAN YANG MENYENANGKAN

Boleh letakkan bau-bauan yang semulajadi dan selamat untuk anda gunakan.

Jika saya, saya suka letakkan ruang peribadi saya dengan minyak aroma Fanaa Lavender atau Ylang Ylang.

Anda juga boleh pilih mana yang sesuai cuma pastikan untuk kereta anda pilih bau yang kuat dan sesuai untuk pemanduan yang selamat.

Untuk ruang kerja boleh juga pilih bau yang lebih lembut atau sesuai untuk fokus seperti peppermint atau nak lebih tenang dengan bauan lavender.

Let the scents help us to remain calm. =)

PERHIASAN

Jika anda gemarkan aksesori atau perhiasan untuk kereta anda, dapatkannya juga. Pilih mana yang sesuai dengan jiwa dan mata anda yang mahu memandangnya.

Contoh ada orang suka letakkan teady bear kecil dan comel dalam kereta. Why not? If you really love it. Do it. =)

Begitu juga dengan ruang kerja anda, pilih satu atau dia perhiasan yang memberi motivasi atau rasa seronok bila melihat.

Ia penting kerana mata yang memandang perkara yang menggembirakan hati boleh membantu untuk anda rasa lebih seronok.

SEMPADAN YANG ANDA TETAPKAN

Ok ini antara faktor penting yang perlua dititik beratkan. Apakah yang anda mahu ada di dalam pusat kasih sayang anda?

Sediakan senarai yang tersendiri. Saya kongsikan ini sebagai panduan ok. Jika pusat kasih sayang saya ia haruslah begini

  • Hanya komunikasi yang berdasarkan kasih sayang
  • Percakapan yang hanya ada berkaitan kerjaya dan solusi
  • Tiada komunikasi yang membahaskan perihal peribadi orang lain
  • Stricly no gossip =)
  • Komunikasi yang hanya memberi impak positif untuk rakan kerja turut produktif

Justeru ada senarai lain lagi yang anda boleh tambah, sila tambah ok.

Ini penting untuk anda jaga sempadan diri anda. Usah biarkan rakan sekerja merosakkan ruang kasih sayang anda dengan cerita yang pelbagai.

Hormati ruang kasih sayang anda. Hormati diri anda. Anda boleh pilih apa yang mahu di dengar dan praktis.

Jika ada yang melanggar, beritahu dengan baik kepada mereka.

INPUT YANG MEMBERI MOTIVASI

Pasang audio yang boleh anda dengan semasa di dalam kereta atau di tempat kerja.

Pastikan anda hanya dengar info yang bermanfaat tak kisahlah ia berkaitan dengan perkara apa.

Hanya dengar musik/buku audio/ceramah agama dan sebagainya yang resonate dengan diri anda saja.

Jika di ruang kerja boleh pasang juga dengan memakai ear phone dan sebagainya.

RASA SELAMAT & KASIH SAYANG

Letakkan rasa selamat dan kasih sayang yang tinggi di dalam ruang ini.

Anda boleh buat untuk ruang letak kereta anda juga sebab anda bakal letakkan di situ untuk satu jangka masa 8 jam setiap hari.

Yakin yang Allah Ya Baqii menjaganya dengan baik.

Untuk ruang kerja dan kereta anda, ucapkan terima kasih padanya kerana ada untuk mudahkan urusan harian anda.

Rasa keberadaan diri anda betul selamat dan penuh kasih sayang.

Anda bertuah kerana masih ada sebuah pekerjaan di saat orang lain tiada.

Anda juga bertuah kerana memiliki sebuah kenderaan untuk memudahkan kehidupan anda seharian.

Justeru, mulai hari ini lalui hari anda dengan rutin biasa degnan energi yang luar biasa. Anda hadapi dengan rasa yang berbeza dari sebelumnya.

Bila kita hadapi dengan cara yang lebih harmoni seperti ini, ia boleh membantu untuk terus rasa happy dan syukur dengan apa yang kita ada.

Lebih mudah untuk anda menjemput rezeki kerana anda buat bukan dengan terpaksa. Anda nikmati setiap rutin kehidupan kerana inilah sebagian dari hidup anda.

Anda boleh pilih untuk jalaninya dengan bahagia atau rasa sebaliknya.

Terus buat satu perkara dari tips di atas dan nikmati perasaaan yang anda rasa dengan sekecil tindakan tadi. Hanya yang buat akan dapat rasanya atau hasilnya.

Jom kita ubah satu perkara kecil setiap hari yang paling mudah dan konsisten.

Jika anda nak kongsi dengan saya? Boleh emel kepada masibrahim818@gmail.com