Beberapa tahun lepas, saya ada baca buku Love Yourself, Pay Yourself First. Ia adalah buku yang berkongsi info kewangan dengan kombinasi seni cinta diri atau #artofselflove.

Buku ini sangat resonate dengan jiwa saya. Best sangat sebab saya dapat banyak ahha dengannya.

Antaranya adalah cara urus pendapatan dan self love itu berkait rapat. Ini kesedaran paling deep yang saya dapat.

Hari ini ramai antara kita bekerja setiap hari dan hujung bulan dapat gaji. Setiap hari kita meninggalkan anak-anak di rumah dan pasangan demi kelangsungan hidup yang satu ini.

Memberi sepenuh perhatian, tenaga dan masa kepada tugasan di pejabat lebih kurang 8 jam setiap hari. Masa dan tenaga yang diberikan ini takkan kembali. Penat.

Untuk wanita, balik rumah masih ada tugasan yang perlu dibereskan. Betul, betul?

Bila sampai waktu gaji diberi, gaji ini diagihkan kepada komitmen dan perbelanjaan bulanan seisi keluarga. Bantu yang mana perlu dan sebagainya.

Yang ada kesedaran menyimpan akan berbuat demikian dengan baik. Agihkan bagian gaji ke akaun simpanan. Tiada isu. Bagus. Itu pilihan yang tepat.

Yang tiada kekuatan sedemikian, terusan hidup seperti biasa. Tanpa sebarang simpanan dan mengharapkan gaji bulan depan pula.

Putaran hidup yang sama berlaku saban hari dan bulan. Tanpa persediaan yang lebih teliti.

Saya juga tak terkecuali dulu. Masa saya berniaga saya juga alpa untuk menguruskan simpanan dengan baik. Lebih banyak didulukan kepada keperluan keluarga dan komitmen lain. Saya lupa untuk membayar nilai keringat tenaga dan masa saya sendiri.

Sampai satu saat saya dapati mana pergi simpanan saya? Hingga saya melihat kebanyakan tunai saya ditukar menjadi stok niaga waktu itu. Ya anda boleh saja katakan ia adalah ia adalah faktor pengurusan kewangan dan perniagaan.

Tapi ada satu kesedaran yang saya dapat dari pengalaman lalu adalah ia berlaku bukan sebab saya tak reti nak uruskan kewangan sendiri. Ia disebabkan saya tak pernah mengamalkan seni cinta diri.

Bila saya tersedar barulah saya dapat perbaiki kesilapan tersebut dengan lebih baik.

Justeru sakitnya pengalaman lalu menjadikan saya lebih berhati-hati dan sangat teliti dalam membuat simpanan sendiri. Saya bayar diri saya terlebih dulu untuk semua energi dan masa yang telah saya berikan.

Saya utamakan simpanan demi diri saya sendiri. Bukan sebab pentingkan diri tapi sebab saya sayangkan diri saya.

Saya ubah pandangan dan kepercayaan diri iaitu layak untuk ada simpanan sendiri. Ia merupakan satu tanggungjawab diri saya untuk menyediakannya.

Jika tidak, siapa lagi yang akan sediakan untuk kita?

Saya yakin kita semua sebenarnya suka nak membantu orang lain juga kan. Tapi jangan lupa orang yang pertama wajib kita bantu adalah DIRI SENDIRI.

Kaedah Untuk Agihan Pendapatan

Inilah sebab kenapa saya berkongsi cerita ini. Pengalaman tersebut menyedarkan saya tentang sikap saya terhadap diri sendiri.

Tiada kasih sayang untuk diri.

Dan hari ini saya masih melihat senario yang sama berlaku di dalam masyarakat kita terutama kaum Hawa yang disayangi. Bukan tiada duit tapi tiada rasa kasih sayang yang menyebabkan kita asyik memberi untuk yang selain diri kita sendiri.

Kita lupa tubuh badan ini saban hari bekerja untuk kita tanpa belas kita abaikan keperluan diri untuk menyediakan tabungan untuknya.

Saya belajar dari perkongsian penulis buku di atas dan praktiskan. Inilah cadangannya:

1. 10% dari bagian gaji disimpan buat diri. Saya pilih untuk simpanan emas.

2. 10% lagi dibuat bagian untuk diBERIkan kepada yang memerlukan.

3. 80% yang lain baru digunakan untuk membayar liabiliti, perbelanjaan harian dan sebagainya.

Bila kita lihat sebenarnya bagian diri kita sikit jer kan. Cuma dalam 10% saja. Cukuplah sebagai simpanan sebab hidup kita perlu diteruskan.

Namun yang sedikit ini jika kita lalai untuk sediakan dengan penuh disiplin, ia akan terabai. Impaknya kita tiada simpanan langsung.

Untuk buat yang sedikit itu juga kita kena jelas dimanakan nilai yang kita ada untuk diri sendiri. Adakah kita merasa diri ini sangat penting?

Sebab kepercayaan yang kita ada untuk diri sendiri itulah yang memainkan peranan untuk kita sentiasa pilih diri kita terlebih dulu.

Dapat gaji? bayar saja diri sendiri tanpa sebarang alasan. Raikan usaha diri yang selama ini bertungkus lumus untuk hasil tersebut.

Kenapa masih lagi beralasan untuk memberi kepada diri sendiri?

Jom saya kongsikan cara nak uji kasih sayang kepada diri sendiri. Ia kaedah mudah sangat sebenarnya.

Kaedah SELF LOVE aka Seni Cinta Diri

  • Berdiri di depan cermin. Lihat sosok di dalam cermin tersebut, pastilah wajah kitakan. Lihat anak mata sebelah kiri, tepat dan dalam.
  • Sedari perasaan kita waktu itu. Bagaimanakah rasanya. Suka atau tidak melihat raut wajah sendiri di dalam cermin.
  • Katakan “Aku Sayang Diriku“. Ulang 7 kali sambil melihat tepat ke anak mata kiri.
  • Lihat apa yang terjadi kepada anak mata tersebut dengan penuh kesedaran. Adakah ia semakin mengecil atau membesar. Sedari rasanya.
  • Senyum dan ulang kata “Aku Sayang Diriku” sebanyak 7 kali lagi. Lihat dan sedari rasanya.

Latihan sebegini biasanya saya suka untuk jurnalkan. Ia adalah untuk saya kenali corak perasaan saya sendiri., apa yang saya rasa dan sebagainya.

Jika anak mata mengecil itu tandanya diri tak gembira. Manakala jika ia membesar itu petanda dia sangat gembira sebab kita sayangkan diri kita. =)

Haa cuba uji sekarang untuk anda tahu apakah jawapannya.

Dengan itu kita dapat tahu kenapa kita susah sangat nak buat simpanan diri sendiri. Ia adalah berkaitan bagaimana kita memandang diri kita sewajarnya.

Bila kita dah tahu jawapannya, ia lebih mudah untuk kita buat tindakan seterusnya iaitu UBAH TINDAKAN.

Teruslah menabung dengan gembira. Sebab impak tiada tabungan adalah kita menjadi beban orang lain untuk di bantu.

Sementara kita ada kemampuan untuk membuat tabungan sendiri melalui pekerjaan atau perniagaan, ada baiknya kita uruskan kewangan sebaiknya.

Bila kita dah ada simpanan, kita lebih gembira beri bantuan kepada yang lain juga. Sebab keutamaan diri sudah terpenuhi.

Justeru jom kita hari ini ubah satu tindakan kecil kita untuk mula menabung. Its ok to start late. Buat dan terus konsisten.

Saya lebih memilih untuk menyimpan emas sebagai tabungan. Jemput baca di sini ya NotaEmas. Ia terpulang kepada anda, janji anda mulakan sekarang. =) Semoga bermanfaat.

Nota: tulisan ini adalah tips untuk uruskan pendapatan. Ia adalah kaedah untuk prioritize simpanan diri dan barulah urusan memberi bantuan lain dan bayar komitmen seperti biasa. =)