Saya memang suka hadiah. Sikit sikit hadiah. Sikit sikit hadiah kubagi pada diri sendiri. Pendek kata setiap hari memang wajib adalah. 🥰

Tapi bentuk hadiahnya bukanlah kena yang grand jer haa. Ia meliputi sekecil perkara yang saya rasa ok dengan hingga ke sebesar hadiahlah.

Biasa yang grand tu diberi pada hari hari tertentu. Yang kecil kecil wajib setiap hari.

Ada rasa deep fulfilment gitu bila buat cam gini.😍

Ada rasa deep selflove bila diraikan sendiri sebegini.

Namun dulu saya bukan camni.

Dulu selalu harap yang pasangan saya yang bagi hadiah kat saya. Pastu bila tak dapat saya rasa tak di sayangi sangatlah.😅

Bukan tak pernah dapat. Tipulah kan. Tapi dapatnya bermusim haa.

Jadi rasa disayangi saya tu pun bermusim. Tu pun kejap jerlah. 🤭😂

Ni fasa saya tak faham diri sendirilah. Tak kenal bahasa cinta diri sendiri. Pedihnya pun sendiri. Haha gitu.

Bila dah belajar mengenai bahasa cinta ni barulah lebih faham. Penting sangat untuk tahu.

Sebab bahasa cinta kita adalah cara terbaik untuk diri kita rasa disayangi. Bila kita ikut sebaiknya ia lebih mudah untuk kita rasa terpenuhi dengannya.

Inilah missing link saya dulu. Bila saya dah tahu, saya tukar dan ubah.

Impaknya aktiviti #selflove saya adalah berpaksikan kepada kriteria bahasa cinta diri saya.

Pilih hanya yang tepat, buat dan rasakan sendiri tanpa perlu harap orang lain yang berikan.

Isu pada ramai wanita hari ni termasuk saya juga adalah harap pasangan yang beri. Bila ada harap (expectation) akan ada peluang untuk rasa kecewa bila tak dapat.

Yalah pasangan kita bukan pak nujum nak tahu segala pasal kita. Bayangkan bagaimana mereka boleh tahu sedangkan kita sendiri pun belum tahu bahasa cinta sendiri. Sukarkan.

Justeru ubah. Diri sendiri yang berikan apa yang diri mahu. Ciptakan ia terlebih dahulu ok. 🥰

Antara bahasa cinta yang boleh di lihat adalah:

🔵 Kata-kata atau pujian

Jika berada dalam kategori ini, kaedah terbaik adalah buat affirmasi khas untuk diri atau puji diri sendiri.

Bebila diri kita berjaya buat sesuatu ucapkan kata yang baik.

“Mas tahniah sangat dah berjaya breakthrough tadi. Amazing.”

“Mas bestnya dah pandai masak nasi haa.”

Contohlah 😂 berilah kata kata pujian sendiri buat diri.

🟣 Sentuhan fizikal

Ahha ni pun best juga. Belajar untuk peluk diri dengan lebih kerap. Belajar sentuh diri dengan lembut bagi ketenangan tu hadir sama.

Skil #selftouch sebegini saya belajar dengan lebih mendalam di dalam circle Ehati Love Circle. Buat dengan essential oil Fanaa. Memang sangat impak rasa #selflove ni.

🔴 Tindakan atau perbuatan

Apakah perkara yang kita suka buat untuk rasa di sayangi.

Contohnya care atau ambil berat. Maka kita lebihkan perbuatan care tu pada diri. Selama ni asyik nak care pasal orang jer kan.

Haa sekarang buat selfcare. Bila badan rasa penat, boleh siapkan homespa khas buat diri. Sebagai alat untuk beri perhatian kepada keperluan diri kita.

🔵 Hadiah

Ni memang faveret sayalah. Maka saya ciptakan hadiah demi hadiah seperti kisah atas tu.

🔴 Masa berkualiti.

Boleh ciptakan me-time ok. Bila dan di mana, bagaimana mahu meraikan me time ini, kita yang putuskan.

Atau mungkin mahu menghabiskan masa dengan yang tersayang pun boleh.

Haa dengan mengenali mana satu bahasa cinta diri kita, ia lebih mudah untuk di rasai sendiri.

Dapat dari pasangan? Its a blessing. Syukur bebanyak.❤️

Tak dapat pun takpa. Janji kita kenali kategori dan buat yang terbaik.

Semoga bermanfaat ladies. Awak punya yang mana satu? 🙋🏻‍♀️

Nota: sempena ulangtahun semalam, 3 Julai saya ulas bahasa cinta la pulop. 😍#stillworkinprogress Ada bagian penulisan saya yang resonates diri anda? Nak kongsi? Jom emel saya terus ya masibrahim818@gmail.com