Lama saya tak menulis di sini, dek sibuk dengan penerbitan buku antologi puisi pertama berjudul Pabila Hawa Berdendang baru-baru ini. Ada banyak yang saya nak kongsikan sebenarnya, insyaallah satu persatu ya. =)

Ok hari ni nak kongsi info menggunakan applikasi mudah untuk GAP-PGGroup. Ini adalah aplikasi khas untuk anda yang ada akaun GAP.

Saya suka aplikasi ni sebab senang nak guna dan boleh tambah grams emas bila-bila masa tanpa perlu nak update kepada branch slip bayaran kita. ya Allah mudah sangat. Dah tu seacra otomatik, sistem akan upgrade gram emas yang kita buat penambahan.

Bayangkan dengan aplikasi ini, anda boleh

  • Tambah grams emas dengan cepat
  • cek baki akaun GAP anda secara atas talian
  • Tambah hari ni dan lepas akaun di update, boleh keluarkan fizikal emas yang nak (ni kena menapak ke cawangan PB la ya) tanpa perlu tunggu 2 hari
  • Jimat masa, tenaga dan minyak kereta sangat

Justeru kepada anda yang ada niat buka akaun GAP ni cepat-cepat buat tindakan. Bagi saya bantu pun boleh k. =)