Acara Makan Malam bersama founder Public Gold

Semalam ada acara makan malam bersama founder Public Gold di PG Kuala Terengganu Branch yang diadakan di Duyong Marina Resort. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan jujurnya inilah kali pertama bersua muka dengan founder PG, Dato Wira Louis Ng dan Datin Wira Eyvonne Lim. Teruja kerana selama ini hanya melihat mereka di muka buku dan alam maya saja. =)

Acara berjalan lancar dengan ucapan aluan dari Dato sendiri dan antara 3 perkara yang saya ingat dan sematkan dalam hati adalah untuk berjaya dalam apa jua perniagaan, kita wajar pegang 3 prinsip ini, FOKUS, KONSISTEN & BERTERUSAN. Biar apa jua situasi yang melanda industri niaga kini, teruslah dan tetaplah berada di landasan yang telah dipilih diri. Justeru kata-kata ini memberi semangat untuk terus memberi perkongsian ilmu emas dan segala produk yang disediakan Public Gold. Rasa bersemangat itulah yang membawa Mas kepada penulisan ini dan memperbarui ruangan bacaan khas untuk anda semua di lama “BACA EBUKU” kerana inilah wadah yang mahu dibawa untuk anda, menyebarkan kebaikan dan manfaat emas dalam hidup anda yang pastinya jika diketahui insyaallah membuka ruang yang sangat deep dengan Sang Pencipta emas. Mas suka untuk terus menerus menjiwa rasa “blessed” setiap kali membuat perkongian mengenai emas. Justeru anda silakan baca ya. haha

Ok meneruskan lagi kisah makan malam tadi, ada juga info mengenai PG JEWEL & PG Mall. Wahh ini pun mempunyai peluang baik untuk ramai orang selain dari dealer Public Gold sendiri. Nantikan kisah dan artikel Mas tulis selepas ini ya, insyaallah. Di sini Mas kongsikan sedikit gembar yng sempat di rakam semasa di sana, Oh ya, Public Gold ni memang pemurah sebab selalunya bila ada seminar atau acara sebegini, PG pasti mengadakan cabutan bertuah dan alhamdulillah, Mas juga dapat hadiah RM30 C-Wallet di PG Mall. Bestkan, dahlah dapat makan ditaja, dapat pula ilmu emas dan sharing pelbagai dan lagi satu cabutan bertuah. Sediakan diri dan semangat untuk lelbih bertindak jer lepas ini. Ni santai-santai jer perkongsiannya ya. =)