3 Cara Mudah Beli Emas

Ada kala perkataan ‘beli’ agak menggerunkan ramai orang kerana ia memberi makna seolah duit kita habis untuk membeli emas. Sebenarnya dalam konteks ini, “beli emas” adalah membawa maksud menukarkan nilai duit tunai anda ke dalam bentuk emas yang memberi lebih nilai kepada pemiliknya. Hakikatnya duit anda tidak kehabisan tetapi ia telah ditukarkan kepada bentuk lain yang lebih bermanfaat. Justeru dalam maksud mudahnya membeli emas adalah sama dengan “menyimpan emas”.

Ok ada 3 cara mudah sebenarnya untuk menyimpan emas. Ini antara faktor ramai orang terkeliru dengan kaedahnya, Mas menulis ni berdasarkan pengalaman membantu sahabat menyimpan emas yang kadang mereka kurang jelas dengan kaedah mudah ini. Hari ni Mas jelaskan ya. =)

  • belian terus emas fizikal
  • belian melalui akaun emas
  • belian dalam bentuk barang kemas 916

Belian terus EMAS FIZIKAL

Emas fizikal di Public Gold ada banyak jenis dan saiz sebenarnya. Kategori utama emas fizikal ini adalah bar emas/jongkong emas dan syiling emas yang dikenali sebagai dinar. Untuk emas fizikal ini, anda boleh membuat belian terus di kaunter Public Gold atau melalui mana-mana dealer PG termasuk Mas k, haha dengan sejumlah wang tersedia berkadar dengan bajet semasa anda.

Katakanlah anda ada RM25,000 di tangan dan mahu menukar wang tersebut ke dalam bentuk emas, justeru yang terbaik untuk nilai duit anda adalah bar emas yang seberat 100 grams dan 20 grams kerana ia sesuai dengan harga tunai tersebut hari ini.

Harga 100grams hari ini adalah RM20,724 dan anda boleh pilih satu desain di atas

Jika dijumlahkan harga emas 100 grams dan 20 gram hari ini adalah seperti berikut: RM20,724 tambah RM4,183 tambah premium fi RM90 = RM24,997.

ia adalah setara dengan nilai tunai anda RM25,000 dan berbaki lagi RM3 saja. Mudahkan! atau berapa saja tunai di tangan anda yang ada dalam simpanan akaun yang tidak memberi pulangan baik, ada bagusnya anda tukar ke dalam bentuk emas. Untuk belian seperti ini, bar emas tersebut anda boleh simpan sendiri setelah siap transaksi pembelian dan stok di ambil di kaunter Public Gold ok.

Insyaallah dalam jangka masa 5-10 tahun biasanya emas akan menunjukkan nilai yang jauh lebih tinggi dari awal belian. Mas ada kisahkan semalam dalam pos kelebihan menyimpan emas bagaimana harga dari tahun lepas melompat tinggi dan menghasilkan keuntungan yang agak tinggi. Boleh baca di post sebelum ni ya.

Belian melalui AKAUN AKUMULASI EMAS

Menariknya di Public Gold, ada menyediakan keperluan ramai orang untuk menyimpan emas dengan akaun akumulasi emas GAP. Seperti namanya “akumulasi” ia bermakna di sini tempat terbaik untuk mengumpul emas anda. Paling bestnya ianya boleh dimulakan dengan serendah 1 gram atau RM100 saja. haaa biar betul? Ya memang benar dan ia sangat bagus untuk anda yang mahu bermula kecil dan secara istiqomah. Dengan Public Gold, anda tak perlu risau untuk menyediakan bajet besar baru boleh mula, ia boleh dimulakan dengan hanya 1 gram saja dan jika di tengok pada harga hari ini ia bersamaan RM210 saja. Yaaa dengan RM210 hari ini, anda dah boleh mula membuka akaun emas GAp anda dan setiap bulan menabung secara konsisten. Kalau nak baca dengan lebih lanjut pasal akaun emas GAP ni, Mas mohon anda klik saja link ebook percuma di atas tu sebab kat situ ada penerangan terperinci dan tanpa anda perlu download pun. Baca terus di situ ya.

Melalui akaun GAP ini anda juga boleh mengeluarkan emas fizikal anda setelah grams terkumpul cukup untuk dibuat pengeluaran. Mas suka sarankan jenis akaun GAP untuk anda yang tak mahu menyimpan emas bar di rumah dan merasa lebih selamat untuk di simpan di akaun GAP Public Gold. Ia bukan sekadar di atas kertas tetapi ada emas fizikal untuk setiap simpanan anda di sini. Cuba dulu hari ini dan asai kegembiraan simpanan emas untuk diri anda sendiri.

Belian melalui BARANG KEMAS 916

yang ini bisa dilakukan juga ya, Public Gold ada rangkaian barang kemas 916 di bawah naungan PG Jewel yang beroperasi di platform atas talian PG Mall. Anda boleh memiliki barang kemas berketulenan 916 sebagai simpanan emas anda dan ia dalam bentuk perhiasan. Kaedah ini sesuai untuk anda yang suka memakai barang kemas harian. Namun jika koleksi barang kemas anda sudah banyak, Mas suka cadangkan untuk menyimpan emas dalam bentuk jongkong emas kerana ketulenan jongkong emas adalah 999.99 iaitu emas berkualiti terbaik dan paling tinggi nilainya. Membeli barang kemas sebagai simpanan emas perlu di lihat dari sudut kos upah yang mungkin jauh lebih tinggi dan ini perlu di teliti sebaik mungkin untuk mengetahui kos pergram yang sebenarnya untuk belian emas anda. Boleh membeli tetapi harus dengan ilmu dan kebijaksanaan kerana kelak setelah anda ingin menjualnya kembali ia bakal menjadi nilai setara emas buruk tanpa mengambil kira kos upah yang telah dilaburkan ketika di awal pembelian. Justeru yang terbaik adalah buat penilaian terperinci dan saksama ok.

Suka baca perkongsian ini? Boleh kongsikan dengan ramai kawan lain agar mereka tahu kaedah mudah ini sama. Terima kasih =)