Bagaimana saya bermula dengan emas Sebenarnya saya baru bermula kenal emas sejak usia saya 40 tahun. Haha lambat kan.

Saya ada kenal ramai kawan wanita terutamanya sukakan emas/mereka bermula lebih awal untuk menyimpannya. Dapat gaji pertama dah mula beli emas.

Mereka hebat dan bertuah sangat sebenarnya dengan berbuat demikian. Anda juga bertuah jika ini yang anda dah buat.

Beza dengan saya yang hanya mula beli emas pada harga RM600 sebentuk cincin kecil pada waktu itu.

Yang menariknya sejak hari itu saya mula ada tarikan yang sangat kuat dengan emas. Teruja! Seronok! Macam makin suka pun ada. Haa gitulah kejadian lepas pengalaman pertama dulu.

Saya mula mencari info emas. Buat bacaan dan selidik emas ni apa sebenarnya.

Saya pernah buat trade in gelang emas lama dengan baru. Tapi mengalami kerugian kerana saya tiada ilmu emas waktu itu.

Boleh baca kisah ini dalam ebook MUDAHNYA KIRA KOS BARANG KEMAS.

Walau tak banyak ruginya tetaplah menjadi pengajaran dengannya.

Hingga pada suatu hari saya faham akan 2 perkara yang berikut:

1. dalam urusan emas, orang yang paling untung adalah orang yang ada simpan emas dan tahu menjana keuntungan dengannya.  

Ini termasuk penyimpan emas atau pelabur emas.

2. dalam urus niaga emas, orang yang paling untung adalah orang yang boleh membeli emas dengan harganya dan termanya sendiri.

Ini adalah kategori pekedai emas, syarikat yang mengeluar dan menjalankan transaksi emas, bank yang ada fasiliti emas, dealer emas dan sebagainya.

Inilah faktor utama yang mendorong saya untuk terlibat di dalam bidang emas. Saya juga mula memasang niat untuk menjadi salah seorang yang beruntung seperti di atas.

Bila dah terlibat mula rasa seronok untuk berkongsi apa yang saya tahu kepada semua.

Ini adalah kaedah pembelajaran untuk saya lebih ingat akan fakta-fakta emas.

Dengan menyampaikan semula apa yang saya tahu secara suka-suka dan santai jer kat blog ni.

Nantikan sambungan dari topik ini esok ya. Saya ulas dengan lebih lanjut apakah 2 kategori  ini dan kenapa ia menguntungkan mereka insyaallah. Terima kasih sebab sudi baca =)